TIADA MASA UNTUK BERLEMBUT DENGAN PAS???

Keputusan pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar memberikan kita isyarat penting betapa parti-parti politik khususnya pembangkang perlu merancang dan melaksanakan agenda khusus bagi menyaingi BN yang terus kukuh walaupun seribu satu macam masalah melanda mereka.

Fakta yang diperolehi dari kedua-dua PRK itu adalah :

Pertandingan 3 penjuru atau lebih pasti memberi kelebihan kepada BN
Pengundi belum betul-betul mengenali Parti AMANAH Negara (AMANAH)

Pengundi Cina tidak mungkin akan mengundi PAS lagi sebaliknya mula memberikan sokongan semula kepada BN.

Majoriti pengundi Cina tetap menyokong Pakatan Harapan walaupun peratusannya menurun sedikit
PAS tetap tidak akan mahu berunding dengan Pakatan Harapan.

PAS rela kalah dan rela BN menang kerana itu PAS tidak mahu berunding bagi memastikan pertandingan 1 lawan 1

Rakyat khususnya pengundi luar bandar tetap menyokong BN walau apa isu yang dimainkan Pakatan Harapan dan PAS

Rasuah pilihanraya tetap menjadi senjata utama BN dan seperti biasa ianya tidak menjadi kesalahan di sisi SPR, SPRM dan pihak berkuasa lain

AMANAH terlalu bertahan tidak menyerang PAS sebaliknya PAS menyerang AMANAH habis-habisan. Serangan PAS kepada BN juga semakin kurang.

PKR tidak betul-betul padu dalam membantu PAS khususnya di Sungai Besar

PAS terus lebih mesra dengan BN berbanding dengan Pakatan Harapan

Dengan fakta di atas Pakatan Harapan dan PAS mestilah melakukan tindakan yang drastik jika mereka benar-benar ikhlas ingin menyelamatkan rakyat dan negara dari belenggu BN. Jangkamasa pilihanraya umum ke 14 dirasakan semakin singkat lebih-lebih dengan kemenangan bergaya BN ini sudah tentu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang berkira-kira untuk mengadakannya dengan lebih cepat.

Di bawah ini dinyatakan cadangan tindakan-tindakan yang perlu dilakukan oleh Pakatan Harapan :

Oleh kerana pertandingan 3 penjuru tidak dapat dielakkan maka Pakatan Harapan tiada pilihan selain bersedia dengan segala kemungkinan. Oleh kerana PAS dilhat semakin mesra dengan Umno, maka Pakatan Harapan mesti menerangkan fakta kemesraan PAS dengan Umno supaya rakyat faham dan menolak PAS dan BN. Penerangan dan serangan perlu seiring supaya rakyat faham.

PKR tidak perlu lagi berusaha untuk berunding dengan PAS kerana jelas sekali PAS tetap tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan seperti yang dinyatakan oleh pimpinannya sebelum dan selepas PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar

Pakatan Harapan mesti dimantapkan lagi jangan ada sebarang kesangsian dan perkara yang remeh temeh yang menyebabkan rakyat muak dengan politicking dalam Pakatan Harapan.

Parti-parti komponen Pakatan Harapan mungkin terpaksa berkorban untuk memastikan sesuatu kerusi yang ‘boleh menang’ ditandingi oleh parti dan calon yang boleh menang.

Usaha berterusan bagi mendekati rakyat di luar bandar mesti dilakukan khususnya dalam aspek pendidikan politik, program kebajikan, program pembelaan di samping terus memberi penerangan tanpa jemu tentang isu-isu tempatan dan nasional

AMANAH mesti mempromosikan dirinya dengan lebih hebat supaya parti dan pimpinan partinya di kenali ramai dan mampu meyakinkan rakyat untuk menjadi pimpinan mereka.
Mungkin ada banyak lagi asas dan fakta yang boleh diketengahkan. Setakat ini dulu untuk kali ini.

Comments

Anonymous said…
PAN perlu Presiden yg ada karisma. Mat Sabu sangat2 tak sesuai jadi nombor satu dalam PAN. Tolol sangat dia tu. Pilihlah orang yang lebih berupaya.
Khalid Samad ok, Anuar Tahir okay, Salahuddin okay, Husam (the best).

Mat Sabu.....?

X mungkin Mat Sabu dapat memimpin negara. Mintak Allah jauhkan.
Dan said…
Nk reverse psychology ke wahai cybertrooper? Kahkahkah. Kalau berani jgn pakai nama anon..kahkahkab
Lebai Roger said…
Begitu juga Pas....hadi terlalu tolol untuk memimpin org2 cerdik.....kalau ahlul pas yg bongok hadi pimpin kira ok.....malah the best. Selain dr hadi takda sapa pon dlm pas boleh jadi pm. Kalau duduk dlm zoo boleh la.
Anonymous said…
Tolong jgn panggil kami PAN lagi...faham...Mandarin takpe...sempena Atok Lim punye kegemaran
Anonymous said…
Sedapnya mulut mengata orang.ntah2 mangkuk ni yang lebih tolol n bahlul.
Anonymous said…
sepatutnya AMANAH tak perlu wujud hanya bertambahnya jurang perpecahan, lepasni AMANAH pula akan berpecah tengoklah nanti
Anonymous said…
Kami rakyat tidak mahu Pas kembali pd Pakatan. Ini parti munafik, ekstrimis, bermuka2, pasik, penjual agama. Bahaya umpama duri dalam daging. Lupakan Pas . Utamakan Pakatan Harapan
Anonymous said…
Pas memang tolol, pakai serban dikepala bow tie dileher.
Kecelaruan identiti
Anonymous said…
Orang habak betol2 dia ingat kita main2.
Sabu is "Big No!"

Tak nak pakai takper.