Keputusan pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar
memberikan kita isyarat penting betapa parti-parti politik khususnya
pembangkang perlu merancang dan melaksanakan agenda khusus bagi menyaingi BN
yang terus kukuh walaupun seribu satu macam masalah melanda mereka.
Fakta yang diperolehi dari kedua-dua PRK itu adalah :
Pertandingan 3 penjuru atau lebih pasti memberi kelebihan
kepada BN
Pengundi belum betul-betul mengenali Parti AMANAH Negara
(AMANAH)
Pengundi Cina tidak mungkin akan mengundi PAS lagi
sebaliknya mula memberikan sokongan semula kepada BN.
Majoriti pengundi Cina tetap menyokong Pakatan Harapan
walaupun peratusannya menurun sedikit
PAS tetap tidak akan mahu berunding dengan Pakatan Harapan.
PAS rela kalah dan rela BN menang kerana itu PAS tidak mahu
berunding bagi memastikan pertandingan 1 lawan 1
Rakyat khususnya pengundi luar bandar tetap menyokong BN
walau apa isu yang dimainkan Pakatan Harapan dan PAS
Rasuah pilihanraya tetap menjadi senjata utama BN dan
seperti biasa ianya tidak menjadi kesalahan di sisi SPR, SPRM dan pihak
berkuasa lain
AMANAH terlalu bertahan tidak menyerang PAS sebaliknya PAS
menyerang AMANAH habis-habisan. Serangan PAS kepada BN juga semakin kurang.
PKR tidak betul-betul padu dalam membantu PAS khususnya di
Sungai Besar
PAS terus lebih mesra dengan BN berbanding dengan Pakatan
Harapan
Dengan fakta di atas Pakatan Harapan dan PAS mestilah
melakukan tindakan yang drastik jika mereka benar-benar ikhlas ingin
menyelamatkan rakyat dan negara dari belenggu BN. Jangkamasa pilihanraya umum
ke 14 dirasakan semakin singkat lebih-lebih dengan kemenangan bergaya BN ini
sudah tentu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang berkira-kira untuk
mengadakannya dengan lebih cepat.
Di bawah ini dinyatakan cadangan tindakan-tindakan yang
perlu dilakukan oleh Pakatan Harapan :
Oleh kerana pertandingan 3 penjuru tidak dapat dielakkan
maka Pakatan Harapan tiada pilihan selain bersedia dengan segala kemungkinan.
Oleh kerana PAS dilhat semakin mesra dengan Umno, maka Pakatan Harapan mesti
menerangkan fakta kemesraan PAS dengan Umno supaya rakyat faham dan menolak PAS
dan BN. Penerangan dan serangan perlu seiring supaya rakyat faham.
PKR tidak perlu lagi berusaha untuk berunding dengan PAS
kerana jelas sekali PAS tetap tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan
seperti yang dinyatakan oleh pimpinannya sebelum dan selepas PRK Sg Besar dan
Kuala Kangsar
Pakatan Harapan mesti dimantapkan lagi jangan ada sebarang
kesangsian dan perkara yang remeh temeh yang menyebabkan rakyat muak dengan politicking
dalam Pakatan Harapan.
Parti-parti komponen Pakatan Harapan mungkin terpaksa
berkorban untuk memastikan sesuatu kerusi yang ‘boleh menang’ ditandingi oleh
parti dan calon yang boleh menang.
Usaha berterusan bagi mendekati rakyat di luar bandar mesti
dilakukan khususnya dalam aspek pendidikan politik, program kebajikan, program
pembelaan di samping terus memberi penerangan tanpa jemu tentang isu-isu
tempatan dan nasional
AMANAH mesti mempromosikan dirinya dengan lebih hebat supaya
parti dan pimpinan partinya di kenali ramai dan mampu meyakinkan rakyat untuk
menjadi pimpinan mereka.
Mungkin ada banyak lagi asas dan fakta yang boleh
diketengahkan. Setakat ini dulu untuk kali ini.
Comments
Khalid Samad ok, Anuar Tahir okay, Salahuddin okay, Husam (the best).
Mat Sabu.....?
X mungkin Mat Sabu dapat memimpin negara. Mintak Allah jauhkan.
Kecelaruan identiti
Sabu is "Big No!"
Tak nak pakai takper.