KHALID SAMAD TERUS DIMAKI DAN DIHAMUN, ADA AKU KISAH.!!!

Khalid Samad berkata beliau rela dimaki susulan pandangannya berkaitan ucapan kontroversi menyentuh isu hudud oleh ketua anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang baru-baru ini.

“Ya, saya tahu dan faham bahawa saya akan turut ‘dibaruakan’ atas sebab tulisan saya ini. Biarkan. Golongan yang tiada hujjah akan menggunakan pendekatan caci maki.

“Biasalah. Kalau sudah akhlak mereka begitu, memang tidak mampu saya katakan apa-apa. Namun bukan keredhaan mereka yang saya inginkan pun, maka ada saya kisah? ” katanya sambil menegaskan hanya Allah tempat mengadu. Kenyataan beliau ini dipetik dari portal Malaysiakini.

Beliau hari ini mempertahankan ucapan Lim pada 10 Mei lalu di Kota Bahru yang didakwa menghina hudud dan Islam.

Khalid merupakan salah seorang yang dilabelkan sebagai barua dan broker DAP dan PKR dalam PAS. Yang lain mungkin Mat Sabu, Dr Mujahid, Dr Dzul dan rakan-rakan yang sewaktu dengan mereka.

Inilah hebat dan berubahnya PAS sekarang. Malah label barua dan broker ini bukan keluar dari lidah ahli-ahli picisan PAS, malah datang dari lidah pemimpin atasan dan hebat mereka.

Admin Mutaligat memang setuju dengan label barua dan broker ini sebab di dalam PAS ini juga seolah-olah ada barua dan broker untuk Umno/BN. Sebab ada segelintir pimpinan dan bekas pimpinan yang bercakap senada dengan Umno/BN serta Utusang Meloya tetapi tidak pernah dijentik dan dicuit oleh pimpinan PAS lain. Jangankan amaran cuit pun tidak.

Mari sama-sama kita doakan agar PAS diselamatkan dari fitnah besar ini. Amin

PAS sudah berubah, PAS GANTI UMNO. 

Comments

Anonymous said…
Korang Ni kuat sentiment anti kaum sangat. hakikat nya bangsa melayu yang jual hak sendiri pada bangsa lain. sekarang marah kan cina lepas tu bangsa india kalau Bangla pun dah dapat hak bersuara nanti salah kan Bangla pulak.

Tak perlu lah buat isu perkauman, cuba tengok company2 besar ramai nama2 melayu. Kita nak hidup dalam Negara ni aman damai. jangan sebab mereka yang ada kepentingan kita pulak berbalah. yang ada kepentingan lari pergi luar Negara sekejap. dah aman skit baru balik dan tanam fitnah balik. Golongan bawahan ni jugak yang jadi mangsa.


Anonymous said…
yang paling utama sebab tok guru hj hadi maksum,dia tada dosa pun ,apa yang dikatakan oleh Hj hadi seperti ,barua,tuduh pil kuda.fitnah sesama sendiri semua itu adalh hall bagi seorang presiden,kalau orang lain sudah pasti berdosa,jadi sekian ularmak dalam pas dah jadi batu pancing.bongkak dan takabbur.biarkan Pas terjun dengan jubah dan serbanya.biarkan,biarkan,
Anonymous said…
Kalau orang bukan islam bercerita tentang hudud islam dan di sokong oleh seorang islam ,apa maknanya
Anonymous said…
Guane jadi gini...org maki oresiden dok berasa hati...presiden bg arahan dok patuh...dia gelar org juhala dakpe...gi rasmi majkis separuh bogel molek sgt...org gini nak jadi wakil pas? Takdok maruah diri ke? Sia2...