.

.

18 May 2015

KHALID SAMAD TERUS DIMAKI DAN DIHAMUN, ADA AKU KISAH.!!!

Khalid Samad berkata beliau rela dimaki susulan pandangannya berkaitan ucapan kontroversi menyentuh isu hudud oleh ketua anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang baru-baru ini.

“Ya, saya tahu dan faham bahawa saya akan turut ‘dibaruakan’ atas sebab tulisan saya ini. Biarkan. Golongan yang tiada hujjah akan menggunakan pendekatan caci maki.

“Biasalah. Kalau sudah akhlak mereka begitu, memang tidak mampu saya katakan apa-apa. Namun bukan keredhaan mereka yang saya inginkan pun, maka ada saya kisah? ” katanya sambil menegaskan hanya Allah tempat mengadu. Kenyataan beliau ini dipetik dari portal Malaysiakini.

Beliau hari ini mempertahankan ucapan Lim pada 10 Mei lalu di Kota Bahru yang didakwa menghina hudud dan Islam.

Khalid merupakan salah seorang yang dilabelkan sebagai barua dan broker DAP dan PKR dalam PAS. Yang lain mungkin Mat Sabu, Dr Mujahid, Dr Dzul dan rakan-rakan yang sewaktu dengan mereka.

Inilah hebat dan berubahnya PAS sekarang. Malah label barua dan broker ini bukan keluar dari lidah ahli-ahli picisan PAS, malah datang dari lidah pemimpin atasan dan hebat mereka.

Admin Mutaligat memang setuju dengan label barua dan broker ini sebab di dalam PAS ini juga seolah-olah ada barua dan broker untuk Umno/BN. Sebab ada segelintir pimpinan dan bekas pimpinan yang bercakap senada dengan Umno/BN serta Utusang Meloya tetapi tidak pernah dijentik dan dicuit oleh pimpinan PAS lain. Jangankan amaran cuit pun tidak.

Mari sama-sama kita doakan agar PAS diselamatkan dari fitnah besar ini. Amin

PAS sudah berubah, PAS GANTI UMNO. 

4 comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter