Insaflah wahai Utusan Malaysia


Ingatkan pada bulan Ramadhan Utusan Malaysia tidak menjalankan kerja memfitnah, memutarbelikan fakta, berbohong dan mengadu domba. Namun nampaknya akhbar itu (Ketua Pengarang, Pengarang dan Editor) semakin rancak menjalankan kerja-kerja terkutuk tersebut pada bulan yang penuh barokah ini.


Sehari dua ini mereka sibuk melaga-lagakan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan cerita DAP mabukkan kuasa sehingga mahu meletakkan calon di kawasan majoriti Melayu; melaga-lagakan Anwar dan PKR dengan DAP dan PAS; melaga-lagakan Anwar dengan Ku Li dan sebagainya. 

Puasakah mereka ini sehingga perkara-perkara haram yang menjejaskan pahala puasa terus istiqamah dilakukan. Banyak lagi berita-berita lain yang berunsur pendidikan, pembelaan dan pengajaran boleh dimuatkan dalam Utusan Malaysia. 

Kita mendoakan Ketua Pengarang, Pengarang dan Editor serta sesiapa sahaja yang suka menabur fitnah, adu domba dan pembohong ini insaf dan bertaubat. Salah seorang Tuan Guru pernah berkata selagi fitnah, pembohongan dan adu domba itu terlekat pada pemikiran rakyat selagi itulah dosa mereka tidak diampunkan oleh Allah.

Mari sama-sama kita bertaubat kepada Allah sempena bulan baik Ramadhan ini.

Comments

Unknown said…
siapa yang mabuk kuasa? UBN lah. jangan tuduh PR pula. orang yang sudah selesa dengan kuasa, akan rasa gusar kalau kuasanya akan mengurang. dah biasa hidup mewah di dunia ini dengan segala keriyakan dalam diri, mengagungkan pemimpin yang tak layak diagungkan, maka UBN merasa gusar, tatkala kehilangan kuasa, semuanya akan menjadi beban. ketika itu semuanya berguguran. inilah yang menyebabkan utusan pun ikut menggelabah. apa yang nak dilaporkan lagi dalam utusan kalau kemenangan tidak berpihak kepada mereka? akhirnya entah-entah utusan akan tinggal nama, dan elok diharamkan, sebab ia melanggar akta hasutan.
hussain said…
puak2 ni mana ada agama bro,agama dekat kad pengenalan je,,orang islam ke?hukum pun boleh ubah dengan fatwa ulamak keduniaan.yahudi pun respect ngan puak2 ni,,