Ingatkan pada bulan Ramadhan Utusan Malaysia tidak menjalankan kerja memfitnah, memutarbelikan fakta, berbohong dan mengadu domba. Namun nampaknya akhbar itu (Ketua Pengarang, Pengarang dan Editor) semakin rancak menjalankan kerja-kerja terkutuk tersebut pada bulan yang penuh barokah ini.
Sehari dua ini mereka sibuk melaga-lagakan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan cerita DAP mabukkan kuasa sehingga mahu meletakkan calon di kawasan majoriti Melayu; melaga-lagakan Anwar dan PKR dengan DAP dan PAS; melaga-lagakan Anwar dengan Ku Li dan sebagainya.
Puasakah mereka ini sehingga perkara-perkara haram yang menjejaskan pahala puasa terus istiqamah dilakukan. Banyak lagi berita-berita lain yang berunsur pendidikan, pembelaan dan pengajaran boleh dimuatkan dalam Utusan Malaysia.
Kita mendoakan Ketua Pengarang, Pengarang dan Editor serta sesiapa sahaja yang suka menabur fitnah, adu domba dan pembohong ini insaf dan bertaubat. Salah seorang Tuan Guru pernah berkata selagi fitnah, pembohongan dan adu domba itu terlekat pada pemikiran rakyat selagi itulah dosa mereka tidak diampunkan oleh Allah.
Mari sama-sama kita bertaubat kepada Allah sempena bulan baik Ramadhan ini.
Comments