Blog ini menukilkan luahan dan pendapat seorang tetamu untuk dikongsi bersama oleh tetamu lain. Pencalonan Baru Bian sebagai calon Ketua Menteri jika PR menang di Sarawak pada dasarnya tidak mempunyai apa-apa masalah. Namun kita pasti ianya akan dimanipulasi oleh BN kerana sudah sekian lama Ketua Menteri Sarawak adalah dari kalangan Melayu/Melanau beragama Islam. BN sudah pasti akan memainkan sentimen kaum dan agama mungkin tidak secara terang-terang tetapi secara senyap-senyap. PR mesti memikirkan hal ini secepat mungkin bagi merangka strategi menangkis serangan BN.
Di bawah ini disiarkan komen tetamu blog ini tentang kebimbangan beliau terhadap pencalonan Baru Bian:
assalamualaikum.. boleh komen sikit tentang strategi Pakatan Rakyat Sarawak. disini saya menyatakan sedikit rasa kesal berkenaan strategi mengumumkan calon ketua menteri sarawak dengan terlalu awal. berikutan pengumuman ini keluar awal, telah wujud isu terbaru iaitu "sentimen kristianisasi Sarawak".
Setelah 30 tahun lebih sarawak dipimpin oleh bumiputera Islam, sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, jawatan tersebut terpaksa diserahkan kepada calon bukan Islam (bumiputera). Ini sesuatu yang amat dikesali. Perkara utama yang dikuatiri berlaku ialah sepertimana Negeri Sabah (satu ketika dahulu).
Setelah Joseph Pairin Kitingan dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah, proses kristianisasi giat dijalankan disabah. Untuk pengetahuan semua, ketika Pairin Kitingan menjadi ketua menteri (kristian) sabah. beliau telah menjalankan misi khas, iaitu menghantar seberapa banyak pemuda-pemuda kristian ke luar negara untuk menuntut ilmu melalui biasiswa negeri.
Tindakan beliau dilihat "sedikit menganaktirikan" kaum-kaum bumiputera selain "beragama kristian". Dan akibatnya. Sehingga kini. Ramai cerdik pandai dikalangan "pemuda kristian terdapat di Sabah" berbanding cerdik pandai "pemuda Muslim". Ini semuanya adalah sebahagian daripada kejayaan misi pairin kitingan.
Saya berharap agar, pakatan rakyat mencalonkan semua "calon ketua menteri sarawak" dikalangan bumiputera Islam samada daripada KEADILAN Sarawak ataupun PAS Sarawak. Ini bagi menjamin survival bumiputera Islam dan agam Islam di bumi Sarawak agar tragedi Sabah (Pairin Kitingan tidak berulang semula di Sarawak).
Saya lebih rela Pakatan Rakyat tewas di Sarawak berbanding mendapat ketua menteri yang merupakan penganut kristian. wallahualam
Comments
nak komen sket la...
ape yg nak dibimbangkan...30 tahun Taib Mubarak memerintah, hebat ke Islam kat Sarawak tu...
c'mon la..hebat x hebat nye Islam tu bergantung kepada setiap individu yg beriman...
please la...Vote n Support Baru Bian as the CM of Sarawak...
jgn bercakap mcm pecacai UMNO yg hanya mendabik dada mempertahankan Melayu dan Islam pada dasar nya shaja...
Jangan merasa diri tu terlalu hebat. Percaya lah bahawa ALLAH maha mengetahui segala nya dan setiap yang berlaku!
Entah apa dibuat Haris Salleh. Selama 9 tahun memerintah (1976–1985) cerdik pandai Islam tak meningkat pun. Akhirnya Pairin naik. Barulah umat Islam Sabah terkedu. Tapi dah terlambat! Pairin memerintah selama 9 tahun juga (1985-1994). Sama dengan masa Harris Salleh. Tapi Pairin naikkan Kristian. Harris Salleh naikkan apa?
Sekarang UMNO pulak memerintah. Tapi didakwa cerdik pandai Islam tak naik pun. Sudah 17 tahun UMNO memerintah Sabah (1994-). Masih nak salahkan Pairin? Tolonglah sedar diri!
jgn samakn sarawak dgn semenanjung ..jauh beza..anda di semenanjung tak hiduk bercampur gaul seperti kami di sini ...so anda tak mungkin tau keadaan kristianisasi disini kecuali ANDA hidup berpuluh tahun dgn meka...BARU BIAN jd ketua menteri sarawak...langkah mayat sy dulu..sampai mati sy..tak maafkan Anwar...sy lebih rela undi BN..tak semestinya TAIB...malang sungguh sarawak..SAYA BENCI KEMUNGKARAN/KEZALIMAN UMNO/TAIB..sy menyampah dgn RTC..n semua pemimpin UMNO...tp nak berketuamenterikan BARU BIAN..NO WAY..dan sy akan berkempen utk bebas.
haa, dah tu apehal bingai sgt smpai taib boleh memrintah 30 tahun..?/
c'mon la, be realistic...pokok pangkal pada individu...
hebat mana pun penyebaran dakyah Kristian, tp lau iman kita kuat, insyaALLAH ISLAM dpt berkembang...
lagi pun, ISLAM itu hebat pada umat nya, bukan pada nama...
ko x maafkan anwar..?? meh aku lempang ko sket...sb bodoh melampau2...
khakkktuihhhh....