APAKAH BARU BIAN CALON SESUAI UNTUK JAWATAN KETUA MENTERI?

Blog ini menukilkan luahan dan pendapat seorang tetamu untuk dikongsi bersama oleh tetamu lain. Pencalonan Baru Bian sebagai calon Ketua Menteri jika PR menang di Sarawak pada dasarnya tidak mempunyai apa-apa masalah. Namun kita pasti ianya akan dimanipulasi oleh BN kerana sudah sekian lama Ketua Menteri Sarawak adalah dari kalangan Melayu/Melanau beragama Islam. BN sudah pasti akan memainkan sentimen kaum dan agama mungkin tidak secara terang-terang tetapi secara senyap-senyap. PR mesti memikirkan hal ini secepat mungkin bagi merangka strategi menangkis serangan BN.


Di bawah ini disiarkan komen tetamu blog ini tentang kebimbangan beliau terhadap pencalonan Baru Bian:


assalamualaikum.. boleh komen sikit tentang strategi Pakatan Rakyat Sarawak. disini saya menyatakan sedikit rasa kesal berkenaan strategi mengumumkan calon ketua menteri sarawak dengan terlalu awal. berikutan pengumuman ini keluar awal, telah wujud isu terbaru iaitu "sentimen kristianisasi Sarawak".


Setelah 30 tahun lebih sarawak dipimpin oleh bumiputera Islam, sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, jawatan tersebut terpaksa diserahkan kepada calon bukan Islam (bumiputera). Ini sesuatu yang amat dikesali. Perkara utama yang dikuatiri berlaku ialah sepertimana Negeri Sabah (satu ketika dahulu).


Setelah Joseph Pairin Kitingan dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah, proses kristianisasi giat dijalankan disabah. Untuk pengetahuan semua, ketika Pairin Kitingan menjadi ketua menteri (kristian) sabah. beliau telah menjalankan misi khas, iaitu menghantar seberapa banyak pemuda-pemuda kristian ke luar negara untuk menuntut ilmu melalui biasiswa negeri.


Tindakan beliau dilihat "sedikit menganaktirikan" kaum-kaum bumiputera selain "beragama kristian". Dan akibatnya. Sehingga kini. Ramai cerdik pandai dikalangan "pemuda kristian terdapat di Sabah" berbanding cerdik pandai "pemuda Muslim". Ini semuanya adalah sebahagian daripada kejayaan misi pairin kitingan.


Saya berharap agar, pakatan rakyat mencalonkan semua "calon ketua menteri sarawak" dikalangan bumiputera Islam samada daripada KEADILAN Sarawak ataupun PAS Sarawak. Ini bagi menjamin survival bumiputera Islam dan agam Islam di bumi Sarawak agar tragedi Sabah (Pairin Kitingan tidak berulang semula di Sarawak).


Saya lebih rela Pakatan Rakyat tewas di Sarawak berbanding mendapat ketua menteri yang merupakan penganut kristian. wallahualam

Comments

Anonymous said…
saya pun kurang setuju dengan pemilihan Baru Bian sebagai ketua menteri Srwk. kalau kita menang di srwk la kan. sebabnya, saya sendiri sebagai anak sarawak tak tau siapa dia. saya cuma tau dia berjuang untuk tanah adat. saya anak jati sarawak. pendapat saya, calon yang pkr, pas atau dap kemukakan hendak lah calon yang berwibawa. anak muda yang ada ijazah atau diploma, dan punya pengaruh sebelum bertanding lagi. kalau yg islam, sering ke masjid, pergi kenduri, melibatkan diri dgn masyarakat, dekat dgn jiran tetangga. calon seperti itu lebih cerah peluang untuk menang. saya rasa jawatan KM patut diberi kepada seorang muslim. sebab dah 30 tahun Taib memerintah. nanti timbul pulak isu lain. so, seeloknya biar sahaja melayu yang menjadi KM. saya berpendapat, semua rakyat srwk berfikiran macam tu. serius, kami sebagai muslim kat srwk akan rasa tercabar kiranya Baru Bian jd KM. so seeloknya biar muslim melayu yang jadi KM. sejujurnya, calon pkr, pas dan dap kurang menyerlah. sebelum bertanding lagi calon ni mesti mesra penduduk setempat. bila org kenal, rapat dgn masyarakat, dan org pun kata, oh pandai budak ni, elok orangnya, baik budi pekerti, peluang untuk menang lebih besar. itu pandangan saya sebagai anak srwk, ingin membantu perjuangan pakatan rakyat. saya hanya beri pendapat saya selaku anak srwk. dan saya tahu pemikiran anak srwk. thanks, salam
mack said…
SALAM KEPADA PENULIS BLOG...Kalau kita lihat kerajaan negeri yang ada ini lebih teruk dari kristian...yang kita fikirkan ialah keadilan sejagat dan maufakat itu lebih penting...fikirkan la,,,
Anonymous said…
Assalamualaikum,

nak komen sket la...

ape yg nak dibimbangkan...30 tahun Taib Mubarak memerintah, hebat ke Islam kat Sarawak tu...

c'mon la..hebat x hebat nye Islam tu bergantung kepada setiap individu yg beriman...

please la...Vote n Support Baru Bian as the CM of Sarawak...


jgn bercakap mcm pecacai UMNO yg hanya mendabik dada mempertahankan Melayu dan Islam pada dasar nya shaja...
Anonymous said…
jangan la nak mulakan polemik tentang calon KM sarawak.orang dok sebok kempen nak bagi menang pakatan dulu,jangan aleh perhatian pada perkara yang belum terjadi.tumpukan pada mencapai kemenangan terlebih dulu,pada cerita pasai siapa patut jadi KM.
Putra IJ80 said…
Jangan lah burung terbang di pipiskan lada.
Anonymous said…
Kenapa bodoh sangat, kalau dapat pemimpin Islam macam pek moh dan Najib tu atau Mahathir apa guna nya?
Jangan merasa diri tu terlalu hebat. Percaya lah bahawa ALLAH maha mengetahui segala nya dan setiap yang berlaku!
Yong said…
Kata pepatah, bila terantuk baru nak mengadah. Bila dah jadi ramai cerdik pandai kristian, lalu menyalahkan Pairin sedangkan sebelum Pairin sudah banyak peluang diberi di bawah Tun Datu Mustapha. Ramai yang memeluk Islam ketika itu. Ramai jugak yang jadi cerdik pandai. Tapi Tun Mustapha dijatuhkan untuk menaikkan Haris Salleh. Siapakah yang jatuhkan Tun Mustapha?

Entah apa dibuat Haris Salleh. Selama 9 tahun memerintah (1976–1985) cerdik pandai Islam tak meningkat pun. Akhirnya Pairin naik. Barulah umat Islam Sabah terkedu. Tapi dah terlambat! Pairin memerintah selama 9 tahun juga (1985-1994). Sama dengan masa Harris Salleh. Tapi Pairin naikkan Kristian. Harris Salleh naikkan apa?

Sekarang UMNO pulak memerintah. Tapi didakwa cerdik pandai Islam tak naik pun. Sudah 17 tahun UMNO memerintah Sabah (1994-). Masih nak salahkan Pairin? Tolonglah sedar diri!
Anonymous said…
Anda anda yg bg komen di atas anda penduduk asal yg hidup setiap hari dgn orang ulu kristian ke? kalu tak tau lebih baik diam! anda tau ke betapa hebat sentimen keagamaan mereka? sy sejak lahir, bersekolah/bergaul dengan suku kaum ini..kebanyakn mereka yg jd pemimpin masyarakt ,profesional/paderi ini adalah kawan..ada yg punya pertalian keluarga..SO SAYA TAU BETUL..betul taip mahmud menggadaikan sarawak...tp ada bnyak lg bumi putera islam ,atau iban ke DaP ke ,at least islam selamat..anda kenal ke budaya,pndangan,prinsip sukukaum org ulu bila dah kristian?) nenek moyang sy juga adalah keturunan kayan/melanau..so kita tau sgt..

jgn samakn sarawak dgn semenanjung ..jauh beza..anda di semenanjung tak hiduk bercampur gaul seperti kami di sini ...so anda tak mungkin tau keadaan kristianisasi disini kecuali ANDA hidup berpuluh tahun dgn meka...BARU BIAN jd ketua menteri sarawak...langkah mayat sy dulu..sampai mati sy..tak maafkan Anwar...sy lebih rela undi BN..tak semestinya TAIB...malang sungguh sarawak..SAYA BENCI KEMUNGKARAN/KEZALIMAN UMNO/TAIB..sy menyampah dgn RTC..n semua pemimpin UMNO...tp nak berketuamenterikan BARU BIAN..NO WAY..dan sy akan berkempen utk bebas.
P said…
siapa-siapa pun yang menang, buat jalan "TAR" di kampung kami dulu...bukan jalan batu bata...tension3...
Anonymous said…
oit anon 00:26,

haa, dah tu apehal bingai sgt smpai taib boleh memrintah 30 tahun..?/

c'mon la, be realistic...pokok pangkal pada individu...

hebat mana pun penyebaran dakyah Kristian, tp lau iman kita kuat, insyaALLAH ISLAM dpt berkembang...

lagi pun, ISLAM itu hebat pada umat nya, bukan pada nama...

ko x maafkan anwar..?? meh aku lempang ko sket...sb bodoh melampau2...

khakkktuihhhh....
Anonymous said…
salam. korang anak sarawak ke? saya bercakap mewakili anak sarawak. saya ingin memberitahu mentaliti rakyat sarawak. mentaliti rakyat srwk agak tertutup, tak boleh disamakan dengan penduduk di semenanjung. mereka tak ramai yang melayari internet. penduduk melayu sarawak lebih kurang je dengan bilangan penduduk iban. dicampur pula kaum cina, dan kaum lain, muslim sarawak mungkin hanya 40% ke 50% dari seluruh penduduk sarawak. dengan meletakkan Baru Bian sebagai calon KM, penduduk Islam akan rasa tercabar. ini menyebabkan mereka kurang berminat untuk menyokong Baru Bian. memang iman letaknya pada diri seseorang, tapi bila negeri Sarawak dipegang oleh kaum iban atau bukan Muslim, penduduk iban ni akan mula rasa diri mereka kuat, dan mungkin menindas kaum melayu sarawak. kaum melayu sarawak sememangnya sudah tertindas pun, tak dinafikan. korang mengaku iman letak pada dada dan diri seseorang, tapi komen korang, haktuihhh la, bodoh la. dimana letaknya iman bila kita tulis macam tu. logik kan? kami di sarawak berjiran dengan iban, cina, satu kawasan perumahan dan kampung. dan mereka ini hidup berpuak. kurang mesra sesama kaum. saya cuma memberi pendapat untuk memperbaiki ruang yang ada. saya juga ingin pembangkang menang di srwk. tapi jujur saya kata, keluarga saya pun tak nak kalau bukan melayu yg jadi CM. mentaliti rakyat srwk sudah 30 tahun di bwh taib. manakan boleh diubah dalam masa setahun dua bukan. mereka takde capaian internet. so yang duduk di bandar je yg melayari internet. itu pun tak ambil berat sgt. takpe lah, saya cuma hanya berkongsi pendapat mengenai mentaliti rakyat sarawak. terima kasih, salam.