Kecewa dengan doktor di Hospital Besar Melaka

Kecewa dengan doktor di Hospital Besar Melaka

Saya teramat kecewa dengan tindakan segelintir golongan doktor yang memberi rawatan secara tidak berhemah.

Pada Rabu, 17 Mac 2010 isteri saya telah buat temujanji untuk mendapatkan rawatan kulit.

Sebelum ini saya bekerja di luar negeri Melaka. Apabila saya pindah dan bekerja di Melaka, isteri saya membuat temujanji di Hospital Besar Melaka.

Pada tarikh tersebut saya tidak dapat menemani isteri untuk menerima rawatan tersebut kerana berkerja.

Isteri saya dan anak saya yang berusia satu tahun lebih telah pergi untuk menerima rawatan mengikut temujanji yang ditetapkan. Isteri saya pergi pada awal pagi, dan dimaklumkan menerima rawatan pada sebelah petang.

Apa yang mengecewakan saya, apabila menerima panggilan telefon yang mengatakan doktor yang pertama yang memberi rawatan kepada isteri saya sangat kurang ajar dan tidak melambangkan imej seorang doktor.

Adakah patut doktor tersebut bertanyakan jenis ubat yang biasa isteri saya dapat sebelum ini dari hospital sebelumnya?

Isteri saya memberitahu, dia tidak tahu jenis ubat tersebut oleh kerana ubat tersebut selalu bertukar dan dia bukanlah seorang yang memahami nama ubat tersebut dalam istilah perubatan. Katanya, jika Panadol itu tahulah dia.

Disebabkan dia tidak tahu nama ubat yang sering dimakan, dia dimarahi oleh doktor tersebut.

Isteri saya terasa tersangat malu apabila dimarahi dengan kata-kata yang kurang menyenangkan untuk didengar.

Saya amat kecewa dan cuba menjejaki doktor tersebut. Akhirnya dengan bantuan seorang rakan di kementerian kesihatan di Putrajaya, saya mendapat nama doktor itu yang mempunyai nombor pendaftaran : 47315.

Oleh kerana terlalu marah dan rasa kecewa saya kemudiannya mengarahkan isteri saya untuk pulang dan pergi ke hospital swasta untuk menerima rawatan susulan.

Apabila isteri saya baru mula beredar, seorang doktor perempuan yang mungkin juga bertugas di situ memanggil isteri saya untuk bertemu dengan beliau.

Kalau tak silap dengar namanya ialah Dr. Sonaly. Isteri saya bertemu dengan doktor itu yang disifatkannya sangat mesra, dan lemah lembut.

Menurut isteri saya, doktor itu bukan sahaja cantik malah berbudi bahasa. Itulah yang melemahkan hatinya yang sedang marah.

Malah beliau memberitahu isteri saya jika ingin membuat rawatan susulan bolehlah berjumpa dengannya.

Saya dengan kesempatan ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr.Sonaly dan juga rakan saya yang membantu.

Saya berharap tindakan yang tegas diambil ke atas doktor yang bersikap kurang ajar dan tidak mesra pesakit. Saya juga berharap pihak hospital juga tidak menempatkan doktor seperti itu di klinik-klinik yang akan bertemu pesakit secara langsung.


Ridzuan Malik
Melaka

Dipetik dari Malaysiakini 17 Mac 2010.

Comments

Anonymous said…
memang ada 2-3 org doktor yang 'hardcore' punya biadab kat hospital melaka tu...
frameli said…
bukan 2-3 doktor...kebanyakannya kurang ajar...baru2 ni saya kene juga dengan doktor di klinik oftalmologi hospital melaka...sungguh sombong...
Ridzuan Malik said…
Terima Kasih Tuan Kerana memuat turun surat saya kedalam blog tuan. Diadalam pengamatan saya, doktor tersebut telah di pindahkan ke wad perubatan dan masih lagi tidak berubah sikapnya. tak perlulah saya menyatakan nama beliau, tetapi mangsa beliau yang baru adalah ketua jururawat dan jururawat terlatih. pada pendapat saya, org yang seperti ini patut diletakkan di wad psikateric kerana, disana barulah beliau tahu arti senyum dan mesra pesakit. Moga Datuck Dol Hadi Sudi memberi nasihat kepada doktoq ini berdasarkan no pendaftaran tersebut. sekian...
Ridzuan Malik said…
Terima Kasih Tuan Kerana memuat turun surat saya kedalam blog tuan. Diadalam pengamatan saya, doktor tersebut telah di pindahkan ke wad perubatan dan masih lagi tidak berubah sikapnya. tak perlulah saya menyatakan nama beliau, tetapi mangsa beliau yang baru adalah ketua jururawat dan jururawat terlatih. pada pendapat saya, org yang seperti ini patut diletakkan di wad psikateric kerana, disana barulah beliau tahu arti senyum dan mesra pesakit. Moga Datuck Dol Hadi Sudi memberi nasihat kepada doktoq ini berdasarkan no pendaftaran tersebut. sekian...
Daria said…
Really...is it so weird for a doctor to ask what medication you were taking before this? Mlaysians attitude is all the same. Please be more attentive to your health. It is extremely annoying having to make calls here and there to determine YOUR medical history. Tulis je la nam a ubat tu kat dlm paper or something. Its common practice to bring all medications when going tovsee doctor.....
Obviously the doctor shouldnt have been rude but please remember that doctors have insane wrk hours, mb that doctor was post-call...
Anonymous said…
hospital besar melaka mmg mcm tu..klau doctor dah tk da hati nk krja,baik ddk rmh goyang kaki..jgn pasal mereka,kita pnya sakit lgi bertmbah truk sbb prangai segelintir doctor kt hospital bsar mlaka mcm sial..
Anonymous said…
mmmm..so far saya selalu berurusan ngan hospital melaka..doktor n nurse2 kebanykan nya ok...ade la 2 3 orang yg sombong giler,tapi kebnykannya ok..macam bulan ogos ari tu saya bersalin baby prem,baby saya 2 bulan lebih kat nursery,so far alhamdulillah..cuma semlam anak saya yg sulung masuk wad,hal nie bukan doktor atau nurse,tapi pekerja kat jabatan hasil atau kaunter kemasukan wad.memang kurang ajar.bapak segala kurang hajar..sampai saya buat complaint lah kepada pihak hospital..mamat tu meninggikan suara sampai semua org yg sedang tunggu pandang kat saya ngan dia.masalahnya ialah saya bawak GL hubby saya,n dia boleh sound ckp,suma orang boleh ckp laki dia kejer kerajaan..fuhh..membara...mana bukti...boleh tak dia jerit2 kat counter tu...wah..saya tak merasa malu tapi saya geram...dari semalam masa anak saya nak masuk wad,dia tinggi kan suara,saya sound..dia mintak maaf,tapi ari nie dia dah melampau...kurang hajar..saya tunggu feedback dr HM jer,sbb dorang janji nak call saya.kalau x de aper2 feedback,saya akan jumpa pengarah HM utk tindkan selanjutnya..
nai said…
Tolong pihak berwajib ambil tindakan bkenaan paking.telalu susah hendak paking n pihak sekuriti langsung tidak membantu wanita yg sarat mengandung tunggu mase nak beranak ada apoiment doktor sedangkn ada paking kosong tidak di benarkn masuk paking.tengok sikit wanita yg sarat mgandung
Alwi said…
Kalau rasa tak ada roh menjadi dr baik stop ja kerja