Persoalan sekarang timbul di kepala saya mengapa penyokong Umno mengganas sehingga mencederakan penyokong PAS.
1) Adakah Umno/BN dalam keadaan tertekan sehingga memaksa penyokong mengganas?
2) Adakah Umno/BN ingin menunjukkan bahawa mereka berkuasa melakukan apa sahaja hatta membelakangi undang-undang?
3) Adakah Umno/BN ingin menggunakan cara kekasaran untuk melemahkan jentera PAS?
4) Adakah Umno/BN ingin menggunakan kekerasan dan budaya samseng untuk menakutkan pengundi supaya jangan mengundi PAS?
Persoalan di atas tidak mampu untuk saya jawab secara tepat kerana hanya pemimpin dan penyokong Umno/BN dan Allah sahaja yang mengetahui hati perut mereka.
Semalam beberapa petugas PAS di serang dan dicederakan sehingga berdarah dengan teruk. Pemimpin PAS menyelar sikap ganas penyokong Umno ini.
Comments
Biasanya situasi ini berlaku apabila sesuatu pihak KALAH dalam berhujah. Akibat dari tiada hujah bernas dan konkrit untuk dijawab, maka 'batu konkrit' la plak menjadi senjata mereka untuk membalas hujah lawan.
sedar2lah wahai UMNO, kita ni 'serumpun'. Korang nak marahkan Indonesia coz geng BENDERA / buluh runcing nak menyerang Malaysia walhal kita serumpun TETAPI org2 UMNO ni tak sedar yang mereka pun 2X5 dengan geng2 buluh runcing tu...
masih kuat berakar-umbi sifat ketololan dalam dirimu UMNO...
kene belasah, tapi sikit pun badan tak tercalar. Lebih mengaibkan bila lakonan xmenjadi.