MENGAPA PENYOKONG UMNO MENGGANAS?

Persoalan sekarang timbul di kepala saya mengapa penyokong Umno mengganas sehingga mencederakan penyokong PAS.
1) Adakah Umno/BN dalam keadaan tertekan sehingga memaksa penyokong mengganas?
2) Adakah Umno/BN ingin menunjukkan bahawa mereka berkuasa melakukan apa sahaja hatta membelakangi undang-undang?
3) Adakah Umno/BN ingin menggunakan cara kekasaran untuk melemahkan jentera PAS?
4) Adakah Umno/BN ingin menggunakan kekerasan dan budaya samseng untuk menakutkan pengundi supaya jangan mengundi PAS?
Persoalan di atas tidak mampu untuk saya jawab secara tepat kerana hanya pemimpin dan penyokong Umno/BN dan Allah sahaja yang mengetahui hati perut mereka.
Semalam beberapa petugas PAS di serang dan dicederakan sehingga berdarah dengan teruk. Pemimpin PAS menyelar sikap ganas penyokong Umno ini.

Comments

almajnun said…
Apabila diri tiada lagi nilai agama hilanglah sifat taqwa dan iman. Seluruh tubuh mengalir darah yang diresapi hasutan syaitan dan iblis. Akibatnya sifat MAZMUMAH menguasai diri dan bertuhankan NAFSU. Akal menjadi dangkal, hati menjadi kotor, anggota tubuh badan menjadi ganas. Diri yang dilahirkan bersih sebagai fitrah insan maaruf bertukar menjadi mungkar akibat amalan yang berselaput dengan GHULUL (korapsi/ rasuah)
Rohaifi Azri said…
UMNO itu MELAYU dan melayu itu majoritinya ISLAM. Mengapa bermusuhan dan menyakiti sesama bangsa dan agama???

Biasanya situasi ini berlaku apabila sesuatu pihak KALAH dalam berhujah. Akibat dari tiada hujah bernas dan konkrit untuk dijawab, maka 'batu konkrit' la plak menjadi senjata mereka untuk membalas hujah lawan.

sedar2lah wahai UMNO, kita ni 'serumpun'. Korang nak marahkan Indonesia coz geng BENDERA / buluh runcing nak menyerang Malaysia walhal kita serumpun TETAPI org2 UMNO ni tak sedar yang mereka pun 2X5 dengan geng2 buluh runcing tu...

masih kuat berakar-umbi sifat ketololan dalam dirimu UMNO...
Anonymous said…
mula-mula kata enam orang..pastu kata ada 40 orang petugas pulak..pastu kata kena keroyok oleh 100 orang..siap ada parang semua..tapi kenapa yang berdarah2 sorang mamat ni jer????? mana mangsa2 lain yang juga dikata kena tetak?? ... Kalau nak Buat citer bohong biar la Logik sikit. Baju Terkoyak , tapi tak luka pun hahaha sian PAS Pis PUS
Rohaifi Azri said…
woi UMNO, mana bukti bergambar KETUA PUTERA hang kene belasah. Bak sini aku nak bagi RM6500!

kene belasah, tapi sikit pun badan tak tercalar. Lebih mengaibkan bila lakonan xmenjadi.