HANYA 2,000 UNDI TENTERA DI BAGAN PINANG?

Timbalan Pengerusi SPR di dalam kenyataannya hari ini menyatakan bahawa pengundian pos berjalan lancar di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Kem Si Rusa.
Katanya pengundian pos di situ hanya membabitkan kira-kira 2,000 pengundi tentera yang tinggal dalam kem.

Wan Ahmad berkata undian pos di Pusasda dikendalikan oleh para anggota tentera yang kita lantik, dalam proses ini, anggota tentera membawa kad identiti masing-masing ke meja semakan nama dan mengambil kertas undi dengan disaksikan wakil-wakil calon yang berada di belakang meja berkenaan sebelum ke petak untuk mengundi.

Katanya lagi proses ini berjalan dengan begitu telus sekali dan wakil-wakil calon yang menyaksikannya berpuas hati dengan perjalanan urusan ini.

Beliau juga berkata undian pos di Pusasda dibuka dari pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang hari ini. Sekiranya masih ada anggota tentera belum mengundi, ia akan dijalankan sekali lagi esok dan lusa sehingga kesemua anggota terbabit selesai mengundi.
Beberapa persoalan bermain di kepala saya :-
1) Apakah benar jumlah pengundi pos yang di kem adalah 2,000 sahaja. Mana lagi 2,573 pengundi tentera yang ada dalam daftar pemilih. Apakah mereka ini tidak layak mengundi kerana sudah pencen?
2) Apakah 2,573 pengundi yang tinggal di luar kem akan mengundi sebagai pengundi biasa? Jika benar adakah nama mereka ada dalam daftar pemilih di pusat pengundian awam.
3) Apakah ada pusat-pusat pengundian lain selain dari Pusasda?.
Saya berharap SPR dapat menjawab kekeliruan ini. Selain itu petugas PAS mesti sentiasa berwaspada dengan taktik licik SPR dan kuncu-kuncunya kerana dari kenyataan di atas hanya 2,000 pengundi pos tinggal di kem, adalah baki pengundi pos iaitu 2,573 pengundi akan juga mengundi di Kem tersebut dan adakah ini dibenarkan?

Comments

Anonymous said…
Berhati hati lah, sekarang mereka menyatakan hanya ada dua ribu pengundi. Mereka berdolak dalik dan mula nak kelentong.
Meraka juga telah dapat mengesan pengundi pengundi yang pro pembangkang dan harap berhati hati lah kerana usha mereka berterusan kerana mereka berkuasa dan orang yang berkuasa juga ada lah agen agen mereka.
Semoga Allah Memberi anggota tentera kita kekuatan dan keyakinan memilih untuk perubahan masa depan.
aljunuban said…
tentera sudah pasti memilih BN kerana BN sebuah parti yang membela nasib mereka. takkan nak undi pas yang pasti akan merugikan mereka DUNIA dan AKHIRAT..
Anonymous said…
aljunuban @ aljubur saya rasa anda ada mata tapi buta ada otak tapi tak ada akai layak panggil kuda kayu.guna otak sikit duit kerajaan tu mai dari cukai bodoh bukan duit umno gaji najib pun mai dari rakyat jelata bukan mai dari umno.... umno dok curi duit kerajaan duit kerajaan mai dari cukai cukai mai dari rakyat dan hasil bumi bukan mai dari dusun najib.....
MC_Shaharul said…
anon2 skalian yg bengong..ape yg umno bela kpd tentera?tentera cuma dipegunakan utk kepentingan politik smata2,aku tgk ada je prob kpd tentera2 yg bersara,masalah kewangan,masalah janji2 yg x ditunaikn,korang sedar x,kbyakan anggota tentera yg bersara byk yg join pembangkang,kt tmn aku nie rmai yg pesara tentera yg aktif dgn pembangkang,sbb ape?sbb diaorg ditekan diugut,xde kebabasan memilih pemimpin yg diaorg nk masa dlm tentera dlu..ko x payah nk putar belit la anon2,tp mmg tue knyataannye,x payahla nk tipu2 dah,bkn sume rakyat bodo la bro,lu ade otak lu pikirla sndiri,xtau la plak klu lu xde otak,baik lu hentuk kt dinding spaya otak lu blh berfungsi yer bro...
Anonymous said…
Adakah Patut, Parti Islam konon tapi sokong pula Kepala Pengganas Komunis Chin Peng yang banyak bunuh Askar Melayu balik ke Malaysia... La ni minta undi pula ngan ATM dan janji macam2... Selesaikan dulu janji nak istiharkan Negara Islam HUDUD di Negeri Pakatan Rakyat.. Jangan jadikan alasan tak perintah Federal Gomen lagi, pasal itu tak boleh laksana HUDUD.. Mungkin takut ngan DAP ya tak? dasar Parti Dayus, Matlamat Menghalal cara, Haram untuk orang lain tapi halal untuk diri sendiri...PARTI AJARAN SASAU