Timbalan Pengerusi SPR di dalam kenyataannya hari ini menyatakan bahawa pengundian pos berjalan lancar di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Kem Si Rusa.
Katanya pengundian pos di situ hanya membabitkan kira-kira 2,000 pengundi tentera yang tinggal dalam kem.
Wan Ahmad berkata undian pos di Pusasda dikendalikan oleh para anggota tentera yang kita lantik, dalam proses ini, anggota tentera membawa kad identiti masing-masing ke meja semakan nama dan mengambil kertas undi dengan disaksikan wakil-wakil calon yang berada di belakang meja berkenaan sebelum ke petak untuk mengundi.
Katanya lagi proses ini berjalan dengan begitu telus sekali dan wakil-wakil calon yang menyaksikannya berpuas hati dengan perjalanan urusan ini.
Beliau juga berkata undian pos di Pusasda dibuka dari pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang hari ini. Sekiranya masih ada anggota tentera belum mengundi, ia akan dijalankan sekali lagi esok dan lusa sehingga kesemua anggota terbabit selesai mengundi.

Beberapa persoalan bermain di kepala saya :-
1) Apakah benar jumlah pengundi pos yang di kem adalah 2,000 sahaja. Mana lagi 2,573 pengundi tentera yang ada dalam daftar pemilih. Apakah mereka ini tidak layak mengundi kerana sudah pencen?
2) Apakah 2,573 pengundi yang tinggal di luar kem akan mengundi sebagai pengundi biasa? Jika benar adakah nama mereka ada dalam daftar pemilih di pusat pengundian awam.
3) Apakah ada pusat-pusat pengundian lain selain dari Pusasda?.
Saya berharap SPR dapat menjawab kekeliruan ini. Selain itu petugas PAS mesti sentiasa berwaspada dengan taktik licik SPR dan kuncu-kuncunya kerana dari kenyataan di atas hanya 2,000 pengundi pos tinggal di kem, adalah baki pengundi pos iaitu 2,573 pengundi akan juga mengundi di Kem tersebut dan adakah ini dibenarkan?
Comments
Meraka juga telah dapat mengesan pengundi pengundi yang pro pembangkang dan harap berhati hati lah kerana usha mereka berterusan kerana mereka berkuasa dan orang yang berkuasa juga ada lah agen agen mereka.
Semoga Allah Memberi anggota tentera kita kekuatan dan keyakinan memilih untuk perubahan masa depan.