BASMI RASUAH : SAYA CABAR UMNO/BN KOSONGKAN KERUSI BUKIT BARU

Umno dilihat begitu serius ingin membasmi rasuah di dalam partinya. Namun Umno hanya beretorik apabila memilih Isa yang merupakan seorang perasuah menjadi calonnya di Bagan Pinang. Seluruh dunia melihat Umno hanya berpura-pura bencikan rasuah dengan pemilihan Isa.
Dalam masa yang sama, saya ingin mencabar Umno supaya membuktikan bahawa memang mereka bencikan rasuah. Cara untuk buktikannya ialah kosongkan kerusi DUN Bukit Baru yang diwakili oleh Ali Rustam yang jelas didapati bersalah kerana rasuah. Jika Umno tidak mengosongkan kerusi DUN Bukit Baru serta merta bermakna Umno sebenarnya tidak serius menentang rasuah.
Selain itu saya juga mencabarkan Umno supaya mengosongkan kerusi-kerusi lain yang diwakili YB-YB yang didapati bersalah kerana rasuah semasa pemilihan Umno dahulu, samada yang digantung keahlian sebelum ini ataupun yang menerima amaran.
Jika Umno takut untuk mengosongkan kerusi tersebut maka jelaslah tindakan Umno meminda perlembagaan kononnya untuk basmi rasuah adalah omongan kosong untuk mengabui mata rakyat.

Comments

mohdjusryjaafar said…
takbir..........!!!!

berani kerana benar
Anonymous said…
Sabar lah Sofi @Munta Jilat , kalau nak jadi Ketua Menteri Melaka tunggu lah PRU13, sdr ni mcm gila talak pula, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong...hehe..asyik meroyan dan melalak jer mcm anjing gila...
Anonymous said…
SAYA AHLI PAS bercadang nak masuk UMNO..saya mula tertarik dengan apa yg diperjuangkan UMNO.

Dulu saya suka PAS tapi sekarang tidak,kerana PR ni tak pandai jaga kerusinya...asyuk bersyarah hingga 3 keruSi lombat ke BN di Perak. Di Kelantan kerusi Pas Dato Ibrahim Ali PUN MULA MENYERANG pAS JUGAK.

bye bye PAS
SambalBilis said…
Sesungguhnya kemenangan kepada puak kuffar merupakan istidraj daripada Allah SWT menyebabkan mereka terus lalai dan berterusan menentang agama Allah.Manakala golongan yang berjuang utk agama Allah akan tetap mendapat ganjaran dpd Allah samada di dunia ini atau pun akhirat kelak selagi mana mereka tetap teguh dan istiqamah dalam perjuangan ini.Yakinlah bahawa perjuangan Islam tidak pernah kalah...Sebaliknya perjuangan sekular seperti UMNO tidak bernilai langsung di sisi Allah.Maka amat rugilah mereka yang terlibat serta menyokong golongan tersebut.
Anonymous said…
tak cerdik punya anon 13.42

aku pun geram juga dengan pemimpin pas pasal dok buat pekak dengan komen ahli pas bawahan tentang parasit pas dalam kepimpanan pas macam dr hassan,ust nasa,mustafa ali TAPI tidak la pulak sehingga nak keluar dan JOIN DUMBNO.

sebab masih ada lagi pimpinan PAS yg rami sayang macam tgna dan sebagainya.

kalu kau kata nak kulura parti saja bole juga org nak percaya tapi join dumbno kah kah jelas kau org dumbno
nota said…
cadangan sempit. sama perangai mcm yahudi nak rampas palestin..