Umno dilihat begitu serius ingin membasmi rasuah di dalam partinya. Namun Umno hanya beretorik apabila memilih Isa yang merupakan seorang perasuah menjadi calonnya di Bagan Pinang. Seluruh dunia melihat Umno hanya berpura-pura bencikan rasuah dengan pemilihan Isa.
Dalam masa yang sama, saya ingin mencabar Umno supaya membuktikan bahawa memang mereka bencikan rasuah. Cara untuk buktikannya ialah kosongkan kerusi DUN Bukit Baru yang diwakili oleh Ali Rustam yang jelas didapati bersalah kerana rasuah. Jika Umno tidak mengosongkan kerusi DUN Bukit Baru serta merta bermakna Umno sebenarnya tidak serius menentang rasuah.
Selain itu saya juga mencabarkan Umno supaya mengosongkan kerusi-kerusi lain yang diwakili YB-YB yang didapati bersalah kerana rasuah semasa pemilihan Umno dahulu, samada yang digantung keahlian sebelum ini ataupun yang menerima amaran.
Jika Umno takut untuk mengosongkan kerusi tersebut maka jelaslah tindakan Umno meminda perlembagaan kononnya untuk basmi rasuah adalah omongan kosong untuk mengabui mata rakyat.
Comments
berani kerana benar
Dulu saya suka PAS tapi sekarang tidak,kerana PR ni tak pandai jaga kerusinya...asyuk bersyarah hingga 3 keruSi lombat ke BN di Perak. Di Kelantan kerusi Pas Dato Ibrahim Ali PUN MULA MENYERANG pAS JUGAK.
bye bye PAS
aku pun geram juga dengan pemimpin pas pasal dok buat pekak dengan komen ahli pas bawahan tentang parasit pas dalam kepimpanan pas macam dr hassan,ust nasa,mustafa ali TAPI tidak la pulak sehingga nak keluar dan JOIN DUMBNO.
sebab masih ada lagi pimpinan PAS yg rami sayang macam tgna dan sebagainya.
kalu kau kata nak kulura parti saja bole juga org nak percaya tapi join dumbno kah kah jelas kau org dumbno