Seramai 29 orang rakyat marhaen yang berhimpun secara aman termasuk lima wanita didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam, atas tuduhan menyertai perhimpunan haram mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu lalu.
Mereka yang hadir atas sokongan terhadap Gerakan Mansuhkan ISA dinafikan hak berhimpun secara aman apabila Polis bertindak menzalimi mereka dengan menembak gas pemedih mata, air kimia dan ada antara peserta himpunan dipukul dan ditangkap secara kasar.
Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Shahidani Abdul Aziz, manakala kesemua tertuduh diwakili barisan 14 orang peguam yang diketuai Azizzul Shariman Mat Yusoff.
Hakim Mohamad Sekeri Mamat yang mendengar kes itu membenarkan kesemua tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM500 setiap seorang.
Sebahagian tertuduh dibebaskan dengan jaminan polis selepas didakwa atas kesalahan menyertai perhimpunan haram mansuhkan ISA di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam. - utusan/Mohd. Nazudeen Mahmud.
Sesungguhnya negara kita sekarang menuju ke era yang lebih tidak demokratik. Hak asasi manusia untuk berhimpun secara aman dinafikan.
Antara yang didakwa semalam ialah Helmi Harun Pengarah Unit Amal Melaka dan Blogger Hasbullah Pit atau Sebol.
Comments
baru sedarkah wahai makhluk Pas..
lahabau punya mutaligat...bagi aku kamula sebenarnya perosak bangsa dan agama....
Siapa yang menzalimi siapa? Jika tiada demo, adakah terjadi semua itu. Demo bukan untuk ISA, tapi untuk cuba pengaruhi rakyat benci BN. Malangnya strategi dah makan tuan, kerana rakyat Malaysia makin ramai yang sedar dan insaf kebodohan dan kesengsaraan yang ingin di bawa oleh PR
Terima kasih banyak2, buat lah demo lagi.., biar makin terserlah temberang mu...