RAKYAT MARHAEN DIZALIMI

Seramai 29 orang rakyat marhaen yang berhimpun secara aman termasuk lima wanita didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam, atas tuduhan menyertai perhimpunan haram mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu lalu.
Mereka yang hadir atas sokongan terhadap Gerakan Mansuhkan ISA dinafikan hak berhimpun secara aman apabila Polis bertindak menzalimi mereka dengan menembak gas pemedih mata, air kimia dan ada antara peserta himpunan dipukul dan ditangkap secara kasar.
Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Shahidani Abdul Aziz, manakala kesemua tertuduh diwakili barisan 14 orang peguam yang diketuai Azizzul Shariman Mat Yusoff.
Hakim Mohamad Sekeri Mamat yang mendengar kes itu membenarkan kesemua tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM500 setiap seorang.
Sebahagian tertuduh dibebaskan dengan jaminan polis selepas didakwa atas kesalahan menyertai perhimpunan haram mansuhkan ISA di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam. - utusan/Mohd. Nazudeen Mahmud.

Sesungguhnya negara kita sekarang menuju ke era yang lebih tidak demokratik. Hak asasi manusia untuk berhimpun secara aman dinafikan.
Antara yang didakwa semalam ialah Helmi Harun Pengarah Unit Amal Melaka dan Blogger Hasbullah Pit atau Sebol.

Comments

silent said…
tolong bagi ulasan ttg Pas Selangor desak abang long Pas, Ronnie Liu digugurkan..

baru sedarkah wahai makhluk Pas..
Anonymous said…
wahai penyokong2 pas...cuba kome semua berfikir sjenak...perbuatan korang berdemonstari banyak menjejaskan ketenteraman dan perniagaan org lain...itu x zalim ke name nye?
lahabau punya mutaligat...bagi aku kamula sebenarnya perosak bangsa dan agama....
Anonymous said…
Memang rakyat marhaen yang ingin mencari sesuap nasi di ibu kota telah di zalimi oleh PR.....

Siapa yang menzalimi siapa? Jika tiada demo, adakah terjadi semua itu. Demo bukan untuk ISA, tapi untuk cuba pengaruhi rakyat benci BN. Malangnya strategi dah makan tuan, kerana rakyat Malaysia makin ramai yang sedar dan insaf kebodohan dan kesengsaraan yang ingin di bawa oleh PR

Terima kasih banyak2, buat lah demo lagi.., biar makin terserlah temberang mu...