PERMATANG PASIR : CALON BN TIADA INTEGRITI?

Ramai mendakwa calon BN Rohaizat Othman yang juga Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh sebagai tidak berintegriti dan tidak layak menjadi calon atau wakil rakyat.
Bagaimana seorang yang dipersoalkan integriti dan latarbelakangnya boleh dipilih sebagai calon. Bukankah seseorang wakil rakyat mesti mempunyai peribadi yang baik, berintegriti, boleh dipercayai dan tiada rekod yang tidak baik.
Ramai pemerhati dan penduduk Permatang Pasir mendakwa Rohaizat pernah menipu pelanggannya. Malah beliau juga dipecat oleh Majlis Peguam (Bar Council) atas masalah disiplin.
Hari ini media juga melaporkan bahawa AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu memohon SPR membatalkan pencalonan Rohaizat Othman sebagai calon BN pada Pilihanraya Kecil Permatang Pasir kerana didakwa pernah menipu pelanggan dan juga dipecat oleh Majlis Peguam.
SPR sebagai badan bebas sepatutnya menapis calon-calon yang ingin bertanding kerana tugas wakil rakyat adalah tugas yang memerlukan seorang yang berintegriti dan telus.

Comments

Anonymous said…
Fitnah itu berdosa. Menceritakan keburukan orang tanpa usul periksa juga berdosa. Jangan biarkan diri kita hanyut dengan dosa semata-mata kerana ingin mengejar kuasa politik.

Firma guaman dengan individu yang bekerja dengan firma guaman adalah dua perkara berbeza. Syarikat dengan pekerja syarikat juga adalah berbeza.
Unknown said…
nak jadi wakil rakyat untuk menipu rakyat.
Anonymous said…
Kalau tak pandai 'cari makan' tak akan cuba menjadi wakil rakyat.
nedned said…
Pas parti pemfitnah terbesar. Parti yang dilaknat Allah SWT.
Anonymous said…
kenapa la ngan kawan aku sofi ni...sudah2 la ko tabur fitnah. calon bn tu org melayu..islam sama macam kita...setiap org ada kelemahan dan kelebihannya wahai sofi..engko sapa untuk menilai org itu baik atau x baik...tuhan aje yang layak berbuat demikian..ISLAM x pernah mengajar manusia membuka keaiban org...kelak di akhirat tuhan akan balas semula perbuatan ko ni..ISTIGHFAR banyak2 sofi...
Anonymous said…
rakyat mesti diberitahu akan keburukan bakal pemimpin. Takut tersalah pilih pemimpin ...jangan terpilih si hidung belang
Sofi , yang ini saya tak bersetuju dengan kamu...kakaka

Saya percaya rohaizat ialah calon yang terpaling sesuai untuk dijadikan calon dari umno...kakaka

Sebab, belum dijadikan calon dah pandai buat kerja songlap...kakaka

Dia mesti dah pandai buat Songlap untuk hijrah ke Songkla...kakaka

Nota : ( di pinjam dari TukarTiub tanpa izin )


Fakta ini tidak akan dilaporkan
oleh media Melayu arus perdana.
Media melayu arus perdana hanya
ingin membodohkan orang melayu.
Anonymous said…
Fakta sebenar kes blacklist rohaizat pun tidak akan diceritakan di mana-mana media PR sebab mereka lebih suka kepada cerita yang berunsur fitnah.

Tahniah kerana telah menyuburkan sikap orang melayu yang memang suka fitnah, hasad dengki dan mengaibkan orang.