Ramai mendakwa calon BN Rohaizat Othman yang juga Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh sebagai tidak berintegriti dan tidak layak menjadi calon atau wakil rakyat.
Bagaimana seorang yang dipersoalkan integriti dan latarbelakangnya boleh dipilih sebagai calon. Bukankah seseorang wakil rakyat mesti mempunyai peribadi yang baik, berintegriti, boleh dipercayai dan tiada rekod yang tidak baik.
Ramai pemerhati dan penduduk Permatang Pasir mendakwa Rohaizat pernah menipu pelanggannya. Malah beliau juga dipecat oleh Majlis Peguam (Bar Council) atas masalah disiplin.
Hari ini media juga melaporkan bahawa AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu memohon SPR membatalkan pencalonan Rohaizat Othman sebagai calon BN pada Pilihanraya Kecil Permatang Pasir kerana didakwa pernah menipu pelanggan dan juga dipecat oleh Majlis Peguam.
SPR sebagai badan bebas sepatutnya menapis calon-calon yang ingin bertanding kerana tugas wakil rakyat adalah tugas yang memerlukan seorang yang berintegriti dan telus.
Comments
Firma guaman dengan individu yang bekerja dengan firma guaman adalah dua perkara berbeza. Syarikat dengan pekerja syarikat juga adalah berbeza.
Saya percaya rohaizat ialah calon yang terpaling sesuai untuk dijadikan calon dari umno...kakaka
Sebab, belum dijadikan calon dah pandai buat kerja songlap...kakaka
Dia mesti dah pandai buat Songlap untuk hijrah ke Songkla...kakaka
Nota : ( di pinjam dari TukarTiub tanpa izin )
Fakta ini tidak akan dilaporkan
oleh media Melayu arus perdana.
Media melayu arus perdana hanya
ingin membodohkan orang melayu.
Tahniah kerana telah menyuburkan sikap orang melayu yang memang suka fitnah, hasad dengki dan mengaibkan orang.