Tidak hairan juga sesebuah parti yang rosak akibat rasuah memilih calon mereka di kalangan kaki rasuah atau penipu.
Jika parti yang baik sudah tentu mereka akan memilih pemimpin yang baik. Sebab itulah PAS sangat teliti dalam memilih calon pilihanrayanya. Pelbagai kriteria dipertimbangkan bukan sahaja latarbelakang peribadi calon, kelulusan, perangai, sejarah hidup malah latarbelakang keluarganya juga diteliti. PAS sudah tentu akan menolak calon yang tiada integriti, pernah menipu dan tidak bertanggungjawab.
Malangnya ada parti yang mengambil mudah soal integriti calon. Soal rasuah, penipu, kaki betina dan sebagainya dipandang ringan sahaja.
Saya sangat bersetuju dengan kenyataan bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang berkata bahawa Calon yang dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yang bersih kerana "kita meminta rakyat meletak kepercayaan kepadanya sebagai ketua mereka.
Beliau juga menyatakan bahawa kita juga berkata calon tersebut mewakili kita.
"Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu" tulis Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dalam blognya.
Beliau merujuk kepada pemilihan Rohaizat Othman - yang telah dibatalkan lesen guamannya - sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.
Comments
Pilihlah calon yg berakhlak, berwibawa, dan baik. Tak seleweng duit pelanggan.
Saudara mutaligat, malaysia baru dan semua penyokong pr. Mahkamah tidak pernah menjatuhkan apa2 hukuman keatas calon barisan nasional atas kesalahan rasuah spt yg didakwa dlm blog2 pro pr.
Mcmmana kamu blh menuduhnya rasuah sedangkan ianya tdk pernah dibuktikan melalui pendakwaan/pembelaan?
Adakah ini satu fitnah?
Saudara mutaligat, jgn terlalu ligat menyebarkan fitnah demi kedudukan dan kepentingan politik anda.
PAS pencen.
Ingatkan wartawan utusan shj yg kurang membaca(tak tahu apa itu ultra vires). Banyak dah kes yg jelas hal rasuah ni spt Ali Ketam dan KJ.Kenape anda buat2 buta tuli?
"Mahkamah" Ameno sendiri yg cakap pun anda tak percaya?
Sijil Sakit ini tidak akan dicetak dalam utusan dan berita hairan
http://shar101.wordpress.com/2009/08/19/the-umnorohaizat-fumblings/
Sila baca betul-betul dan teliti haribulan pada Sijil Sakit yang dibekalkan olih rohaizat.
Siapa yang tipu?
Kalau tak percaya sila lihat ini.
Ini ialah dari pro umno ponya.
Bukan nya dari Pas atau mana-mana PR.
Lihat umno ponya yang ori di sini
http://www.pisau.net/2009/08/n11-permatang-pasir-dokumen-membuktikan.html
dan di sini...
http://4.bp.blogspot.com/_jLPyrrG8cRw/SonBXrFaDwI/AAAAAAAAAmk/_gUnEimcqzk/s1600-h/STATUS+ROHAIZAT+5.jpg
Blog tersebut ialah untuk bersihkan nama rohaizat.
Blog tersebut ialah untuk suci kan nama rohaizat.
Tengok dan teliti betul-betul.
Jangan jadi ngook main sokong umno.
Blog tersebut sokong umno dengan mata tertutup.
Hai ! kalau maseh was-was ,sila pukul talipon kepada rohaizat. Dia ponya dokumen. Ini pon dia mahu kelentong.