PARTI RASUAH PILIH CALON RASUAH ATAU MENIPU

Tidak hairan juga sesebuah parti yang rosak akibat rasuah memilih calon mereka di kalangan kaki rasuah atau penipu.
Jika parti yang baik sudah tentu mereka akan memilih pemimpin yang baik. Sebab itulah PAS sangat teliti dalam memilih calon pilihanrayanya. Pelbagai kriteria dipertimbangkan bukan sahaja latarbelakang peribadi calon, kelulusan, perangai, sejarah hidup malah latarbelakang keluarganya juga diteliti. PAS sudah tentu akan menolak calon yang tiada integriti, pernah menipu dan tidak bertanggungjawab.
Malangnya ada parti yang mengambil mudah soal integriti calon. Soal rasuah, penipu, kaki betina dan sebagainya dipandang ringan sahaja.
Saya sangat bersetuju dengan kenyataan bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang berkata bahawa Calon yang dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yang bersih kerana "kita meminta rakyat meletak kepercayaan kepadanya sebagai ketua mereka.
Beliau juga menyatakan bahawa kita juga berkata calon tersebut mewakili kita.
"Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu" tulis Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dalam blognya.
Beliau merujuk kepada pemilihan Rohaizat Othman - yang telah dibatalkan lesen guamannya - sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Comments

pitypi said…
pilih orang bodoh dan kekampungan mcm saleh man ni, pengundi pun jadi bodoh...
malaysia baru said…
Untuk sdra pitypi
Pilihlah calon yg berakhlak, berwibawa, dan baik. Tak seleweng duit pelanggan.
Anonymous said…
saudara Muta ligat dan rakan-rakan yang se agama denganku..telah terdapat bukti yang menunjukkan pengadu kepada kes ini memohon aduan kes Rohaizat ditarik balik kerana aduan yang dibawa sebelum itu telahpun diselesaikan. Pengadu juga meminta supaya sekatan yang dikenakan oleh BAr Council ke atas Rohaizat, ditarik balik. Saya fikir, jika memang saudara beriman kepada ALLAH SWT, dimana sdr telah memaklumkan kepada masyarakat umum akan "kepincangan" pada Rohaizat, maka sewajarnyalah sebagai manusia sesama Islam, sewajarnyalah surat dari Koperasi berkenaan juga disiarkan kepada umum. Prinsip memalukan saudara seagama sangat relevan dalam konteks ini
Anonymous said…
Salam.

Saudara mutaligat, malaysia baru dan semua penyokong pr. Mahkamah tidak pernah menjatuhkan apa2 hukuman keatas calon barisan nasional atas kesalahan rasuah spt yg didakwa dlm blog2 pro pr.

Mcmmana kamu blh menuduhnya rasuah sedangkan ianya tdk pernah dibuktikan melalui pendakwaan/pembelaan?

Adakah ini satu fitnah?

Saudara mutaligat, jgn terlalu ligat menyebarkan fitnah demi kedudukan dan kepentingan politik anda.

PAS pencen.
Yusof Manan said…
saudara Anon 19:43
Ingatkan wartawan utusan shj yg kurang membaca(tak tahu apa itu ultra vires). Banyak dah kes yg jelas hal rasuah ni spt Ali Ketam dan KJ.Kenape anda buat2 buta tuli?
"Mahkamah" Ameno sendiri yg cakap pun anda tak percaya?
Dibekal kan disini ialah "Sijil Sakit" rohaizat yang di kata kan sakit pada hari temubual dan bicara yang ke2 dengan Majlis Peguam .
Sijil Sakit ini tidak akan dicetak dalam utusan dan berita hairan


http://shar101.wordpress.com/2009/08/19/the-umnorohaizat-fumblings/


Sila baca betul-betul dan teliti haribulan pada Sijil Sakit yang dibekalkan olih rohaizat.
Siapa yang tipu?
Tak percaya?
Kalau tak percaya sila lihat ini.
Ini ialah dari pro umno ponya.
Bukan nya dari Pas atau mana-mana PR.

Lihat umno ponya yang ori di sini

http://www.pisau.net/2009/08/n11-permatang-pasir-dokumen-membuktikan.html


dan di sini...

http://4.bp.blogspot.com/_jLPyrrG8cRw/SonBXrFaDwI/AAAAAAAAAmk/_gUnEimcqzk/s1600-h/STATUS+ROHAIZAT+5.jpg

Blog tersebut ialah untuk bersihkan nama rohaizat.
Blog tersebut ialah untuk suci kan nama rohaizat.

Tengok dan teliti betul-betul.
Jangan jadi ngook main sokong umno.
Blog tersebut sokong umno dengan mata tertutup.

Hai ! kalau maseh was-was ,sila pukul talipon kepada rohaizat. Dia ponya dokumen. Ini pon dia mahu kelentong.
Anonymous said…
sdr-sdr seagamaku..mengapa kita harus bertelagah sesama umat yang turut menghadap kiblat yang sama..tidak kah terfikir oleh kita, siapakah yang akan menguruskan mayat kita bila kita mati nanti..ia hanya dilakukan oleh saudara seagama kita..kita tidak akan tahu dimana dan bila kita akan mati dan siapa yang akan uruskan kita..yang kita tahu adalah saudara seagama dengan kita..oleh itu mengapa bermusuhan..ingatlah bahawa pilihanraya adalah suatu proses demokrasi..fahaman demokrasi dibawa oleh siapa..BARAT..kiblat barat ini di mana? sedarkah kita bahwa fahaman demokrasi ini juga berbentuk "peperangan". Dalam perang, berlaku "bunuh membunuh". Akan ada yang "mati" dan terkorban. Dalam konteks kita ini, siapakah yang "membunuh" "dibunuh" "menjadi korban" atau "terkorban"? Jawapannya, MELAYU. Apa agama mereka? ISLAM. Apa agama ku dan agama saudara-saudara? Bukankah ISLAM itulah yang menjadi penyatu kita? Jadi mengapa harus bermusuhan? Mengapa kita tidak berfikir untuk merapatkan jurang perbezaan sesama saudara seagama sebelum merapati rakan-rakan lain? MUHAMMAD SAW telah beri panduan kebijaksanaan, mengapa tidak di ikuti?