PRK MANEK URAI : MUHYIDDIN CAKAP BESAR TIDAK PIJAK DI BUMI NYATA

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata nasib malang BN yang kalah 5 kali berturut-turut pada Pilihanraya kecil di Semenanjung akan berakhir di Manek Urai.
Rakyat berkata Umno dan BN sudah mati selepas kalah dalam pilihanraya kecil sebelum ini. Semuanya berakhir di sini. Kita mahu menang pilihanraya kecil kali ini," kata Muhyiddin dalam mesyuarat tertutup BN di Manek Urai semalam.
Bagi saya kenyataan Muhyiddin ini hanyalah kenyataan untuk menyedapkan hati dirinya, pemimpin BN dan juga penyokong BN yang semakin hilang arah.
Dari raut wajah mereka ketika proses penamaan calon semalam jelas terbukti mereka benar-benar dalam kebimbangan kerana kempen mereka selama sebulan lebih selepas kerusi ini kosong jelas tidak diterima rakyat.
BN sudah ketandusan idea dan strategi untuk berhadapan dengan rakyat Manek Urai yang matang berpolitik.
Lebih parah lagi sambutan terhadap calon PAS semakin hari semakin meningkat dan membuatkan Muhyiddin dan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Mustapha Mohamad semakin rimas.

Tidak hairanlah saya kalau kelibat pemimpin BN ini akan hilang sebaiknya peti undi ditutup pada 14 Julai nanti kerana sehingga kini PAS masih jauh didepan. Maklumat ini diperolehi dari sumber dalaman kedua-dua parti dan dari pihak-pihak lain.

Comments

Pancar Selatan said…
Insya'allah, wa yakin PAS akan memenagi PRK ini. Dlm gelombang politik yg rata2 warga Malaysia sdg menolak keegoan UBN, PAS semakin disenangi oleh kebanyakan warga Malaysia. Usaha dan doa ahli2 serta kepimpinan PAS,akan meletakan kemenagan ini buat PAS. Apa pn, wa harap UBN terimalah kekalahan yg bakal di umumkan nanti, dgn hati ikhlas dan redha.
ustaz kampung said…
ambillah iktibar dan muhasabah diri dan parti kenapa kalah 5 kali jangan asyik sombong, bongkak dan takbur sepanjang masa.
Anonymous said…
aik posting dulu ambo cakap besar tuuu tak per ker...kut buat2 lupa sofi.bcer blek posting sndri
Anonymous said…
muhyiddin sebenarnya rasa yakin utk memberi tekanan kepada pas.x pe la kita tgk sape yg menang.malu tpm klu kate kita akan kalah.kita tunggu dan lihat.