Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata nasib malang BN yang kalah 5 kali berturut-turut pada Pilihanraya kecil di Semenanjung akan berakhir di Manek Urai.
Rakyat berkata Umno dan BN sudah mati selepas kalah dalam pilihanraya kecil sebelum ini. Semuanya berakhir di sini. Kita mahu menang pilihanraya kecil kali ini," kata Muhyiddin dalam mesyuarat tertutup BN di Manek Urai semalam.
Bagi saya kenyataan Muhyiddin ini hanyalah kenyataan untuk menyedapkan hati dirinya, pemimpin BN dan juga penyokong BN yang semakin hilang arah.
Dari raut wajah mereka ketika proses penamaan calon semalam jelas terbukti mereka benar-benar dalam kebimbangan kerana kempen mereka selama sebulan lebih selepas kerusi ini kosong jelas tidak diterima rakyat.
BN sudah ketandusan idea dan strategi untuk berhadapan dengan rakyat Manek Urai yang matang berpolitik.
Lebih parah lagi sambutan terhadap calon PAS semakin hari semakin meningkat dan membuatkan Muhyiddin dan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Mustapha Mohamad semakin rimas.
Tidak hairanlah saya kalau kelibat pemimpin BN ini akan hilang sebaiknya peti undi ditutup pada 14 Julai nanti kerana sehingga kini PAS masih jauh didepan. Maklumat ini diperolehi dari sumber dalaman kedua-dua parti dan dari pihak-pihak lain.
Comments