PRK MANEK URAI : APA HAK KHAIRY UTK KOMEN NASHA TIDAK KEMPEN DI MANEK URAI

Saya rasa pelik dan hairan dengan kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menuduh Husam menjadi penghalang kepada tiadanya nama Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dalam senarai kempen PAS di Manek Urai.
Apa hak Khairy untuk membuat komen tersebut.?

Mana dia tahun nama Nasha tiada dalam senarai?

Mana dia tahu Husam yang menghalang?
Inikah standard seorang Ketua Pemuda Umno yang bertaraf Ahli Parlimen. Bercakap ikut sedap mulut sehingga diri sendiri kelihatan kurang cerdik. Jika ingin membuat komen biarlah kena tempat dan keadaannya, bukannya main hemtam keromo macam ini. Biarlah ada fakta dan bukti...........
Khairy dalam laporan sebuah media hari ini menuduh Husam menjadi penghalang kepada Nasharuddin untuk turun berkempen di Manek Urai.
Nasharuddin sendiri membuat kenyataan bahawa beliau akan turut berkempen di Manek Urai. Kenyataanya disiarkan di dalam media yang sama.

Comments

dukun misai said…
suruh khairy tu balik jaga my team dia la,,,pasukan tu dah nk terlungkup, satu pasukan bola pun x leh nk jaga,,ni kan pula nak jaga pemuda umno...lg terlungkup le,,,tp tak pe.. ADA DUIT BANYAK,,,SEMUA LEH JADI
zakaria@black said…
ko pun cakap mcm tu jugak sofi. tak payah la nak tuduh org lain... mcm ni ke taraf seorang ketua pas kawasan? memalukan..
Anonymous said…
Khairy ingat orang Pas serupa dengan puak UMNO. Tolong jaga UMNO kuala krai yang retak menunggu belah tu dulu kerana saya takut terbelah sebelum PRK 14 hb.