Saya rasa pelik dan hairan dengan kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menuduh Husam menjadi penghalang kepada tiadanya nama Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dalam senarai kempen PAS di Manek Urai.
Apa hak Khairy untuk membuat komen tersebut.?
Mana dia tahun nama Nasha tiada dalam senarai?
Mana dia tahu Husam yang menghalang?
Mana dia tahun nama Nasha tiada dalam senarai?
Mana dia tahu Husam yang menghalang?
Inikah standard seorang Ketua Pemuda Umno yang bertaraf Ahli Parlimen. Bercakap ikut sedap mulut sehingga diri sendiri kelihatan kurang cerdik. Jika ingin membuat komen biarlah kena tempat dan keadaannya, bukannya main hemtam keromo macam ini. Biarlah ada fakta dan bukti...........
Khairy dalam laporan sebuah media hari ini menuduh Husam menjadi penghalang kepada Nasharuddin untuk turun berkempen di Manek Urai.
Nasharuddin sendiri membuat kenyataan bahawa beliau akan turut berkempen di Manek Urai. Kenyataanya disiarkan di dalam media yang sama.
Comments