NAJIB PUJUK KELUARGA BENG HOCK?

Semalam keluarga Teoh Beng Hock bertemu Najib di Putra Jaya. Baguslah seorang Perdana Menteri ingin berjumpa dengan rakyat.
Semoga lain kali Perdana Menteri akan lebih prihatin dalam apa juga masalah yang dihadapi oleh rakyat.
Namun begitu apa yang lebih penting rakyat mahukan pemimpin lebih telus, adil, berintegriti dan professional.
Kebelakangan ini rakyat semakin tertekan dengan pelbagai kes dan insiden yang jelas mengikis kepercayaan rakyat kepada kerajaan dan agensinya. Antaranya kes kematian Teoh Beng Hock, kes kematian Kugan dan lain-lain.
Manakala kes-kes lama yang masih tidak diselesaikan juga menuntut jawapan dari kerajaan. Antara kes yang menimbulkan tanda tanya dan tidak selesai sehingga kini ialah :-
1) Kes Memali yang berlaku pada 19 Nov 1985
2) Kes pembunuhan Norita Shamsuddin
3) Kes pembunuhan Mustakizah
4) Kes kematian S Kugan
5) Kes kehilangan Sharlinie
6) Kes pembunuhan Nurin
dan berbagai-bagai lagi kes kontroversi melibatkan dakwaan rasuah, salah laku melibatkan Khir Toyo, Rafidah Aziz, Samy Vellu dan lain-lain.
Kalau betul Najib ingin memujuk rakyat dan memberikan keadilan kepada 1Malaysia sila selesaikan kes-kes tersebut secepat mungkin atau sekurang-kurangnya laporkan kepada rakyat perkembangan kes-kes berkaitan.

Comments

Anonymous said…
Ni satu lagi lawak bodoh PAS, bila Najib jumpa fanily kim hock, semua tak betul.

Yang DAP, PAS dan PKR menyalak sana sini konon nak bela kematian Kim Hock tu apa dia? Kenapa tak buat demo atau menyalak pasal kes2 lain tu? Sbb semua kes tu takda kena mengena dengan korupsi kerajaan PR kan?

Buka2 lah pintu hati untuk melihat kenyataan dan jangan biar ego menawan fikiran dan biarkan ideologi PKR dan DAP meresap dalam sanubari.
almajnun said…
Ni satu lagi bahalul, ni bukan wayang Hindi nak cerita pasal bela itu bela ini. Ni pasal keadilan, ketelusan dan kebenaran. Ini teguran. Nabi Muhammad terima solat 50 waktu ditegur oleh nabi Musa. Muhammad itu boss sekalian nabi pun boleh ditegur. Takkan la tegur UBN dah melenting. Katakan kalau Musa tak tegur, mampus kita nak solat 50 waktu sehari. Ambil iktibar la...jangan anguk..anguk...anguk..saja.
Anonymous said…
Salam!!!wahai saudara2...fikirlah dgn waras dan bijaksana..janganlah terlalu taksub berpolitik..berpijaklah dialam nyata...tak kiralah pemerintah atau pembangkang..jangan menang sorak,kampong tergadai...tengok perbezaan antara kampong buah pala dan kampong berembang...sssiiiaappaaa yng. rrraaaccciisstt....
Anonymous said…
Kalau teguran, kenapa bila BN buat jer ditegur, apa yang PAS,DAP dan PKR buat salah tak di tegur?? Itu lah yang dikatakan bila ideologi mencari salah org telah meresap dalam sanubari. Yang nampak cuma kuman Beng hock bunuh diri, yang tak nampak ialah gajah korupsi kerajaan PR Selangor yang dah tak boleh ditutup dengan nyiru....

Siapa yang bahalul dan main wayang hindi???
Anonymous said…
Rasanya yang banyak dok anguk anguk ler ni bukan orang UMNO, tapi yang asyik dok anguk anguk jer ialah orang PAS, bila dengar cakap DAP dan PKR..., cuma tengok masa ceramah..., semua dok anguk jer walaupun penceramah banyak cakap merapu....

Anguk jangan tak anguk....!!! SPRM bunuh kim hock, anguk. DAP gadai maruah melayu, anguk..., Hindraf minta taraf bumiputra.., anguk...
PawanaMelati said…
angguk-angguk lebih baik dari geleng-geleng tak mau ambil tapi akhirnya kembung poket dek projek juta liun UBN,lu pikirrr...la sendiri..
PawanaMelati said…
Jangan cerita la pasal sapa jatuh sapa maruah sapa...sbb selama ini maruah melayu terutama anank-anak melayu jatuh maruah nya oleh orang melayu sendiri.