Semalam keluarga Teoh Beng Hock bertemu Najib di Putra Jaya. Baguslah seorang Perdana Menteri ingin berjumpa dengan rakyat.
Semoga lain kali Perdana Menteri akan lebih prihatin dalam apa juga masalah yang dihadapi oleh rakyat.
Namun begitu apa yang lebih penting rakyat mahukan pemimpin lebih telus, adil, berintegriti dan professional.
Kebelakangan ini rakyat semakin tertekan dengan pelbagai kes dan insiden yang jelas mengikis kepercayaan rakyat kepada kerajaan dan agensinya. Antaranya kes kematian Teoh Beng Hock, kes kematian Kugan dan lain-lain.
Manakala kes-kes lama yang masih tidak diselesaikan juga menuntut jawapan dari kerajaan. Antara kes yang menimbulkan tanda tanya dan tidak selesai sehingga kini ialah :-
1) Kes Memali yang berlaku pada 19 Nov 1985
2) Kes pembunuhan Norita Shamsuddin
3) Kes pembunuhan Mustakizah
4) Kes kematian S Kugan
5) Kes kehilangan Sharlinie
6) Kes pembunuhan Nurin
dan berbagai-bagai lagi kes kontroversi melibatkan dakwaan rasuah, salah laku melibatkan Khir Toyo, Rafidah Aziz, Samy Vellu dan lain-lain.
Kalau betul Najib ingin memujuk rakyat dan memberikan keadilan kepada 1Malaysia sila selesaikan kes-kes tersebut secepat mungkin atau sekurang-kurangnya laporkan kepada rakyat perkembangan kes-kes berkaitan.
Comments
Yang DAP, PAS dan PKR menyalak sana sini konon nak bela kematian Kim Hock tu apa dia? Kenapa tak buat demo atau menyalak pasal kes2 lain tu? Sbb semua kes tu takda kena mengena dengan korupsi kerajaan PR kan?
Buka2 lah pintu hati untuk melihat kenyataan dan jangan biar ego menawan fikiran dan biarkan ideologi PKR dan DAP meresap dalam sanubari.
Siapa yang bahalul dan main wayang hindi???
Anguk jangan tak anguk....!!! SPRM bunuh kim hock, anguk. DAP gadai maruah melayu, anguk..., Hindraf minta taraf bumiputra.., anguk...