DAFTAR PEMILIH : SPR TUNDUK KEPADA UMNO?

Arahan SPR Negeri Melaka supaya kempen mendaftarkan pemilih di Pasar Malam selama sebulan disifatkan sesetengah pihak sebagai tunduk kepada Umno.
"Terbukti SPR Negeri Melaka tunduk kepada kehendak Umno yang tidak bersetuju dan mengganas menghalang kempen DAP dan PAS minggu lalu".
"Sedangkan Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof berkata ianya boleh dijalankan, mana satu yang betul ini, SPR Pusat atau SPR Melaka" ujar seorang pemilih baru yang tidak mahu namanya disiarkan.
Semalam SPR Negeri Melaka dalam mesyuarat dengan parti-parti politik di Pejabat SPR Negeri mengeluarkan arahan supaya kempen pendafataran pemilih di Pasar Malam tidak dibenarkan selama sebulan.

Comments

aljunuban said…
lebih baik akur kepada pemerintah drp akur kepada pembangkang yang pasti akan dilaknat Allah SWT
PawanaMelati said…
Akur kepada pemerintahan yang adil memang di tuntut tapi kalau yang tidak adil atau lebih kepada kena cucuk hidung harus di tentang. Kalau UMNO buat kempen kat pasar malam pasti tidak menjadi keslahan.
PawanaMelati said…
SPR memang berat sebelah lebih-lebih lagi yang melibatkan kes 3 ADUN di Perak tempuh hari.Ingat-ingatlah dunia ni sementara saja sebab di sana nanti akan dipersoalkan apa yang kita dah lakukan di dunia sekarang.