Arahan SPR Negeri Melaka supaya kempen mendaftarkan pemilih di Pasar Malam selama sebulan disifatkan sesetengah pihak sebagai tunduk kepada Umno.
"Terbukti SPR Negeri Melaka tunduk kepada kehendak Umno yang tidak bersetuju dan mengganas menghalang kempen DAP dan PAS minggu lalu".
"Sedangkan Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof berkata ianya boleh dijalankan, mana satu yang betul ini, SPR Pusat atau SPR Melaka" ujar seorang pemilih baru yang tidak mahu namanya disiarkan.
Semalam SPR Negeri Melaka dalam mesyuarat dengan parti-parti politik di Pejabat SPR Negeri mengeluarkan arahan supaya kempen pendafataran pemilih di Pasar Malam tidak dibenarkan selama sebulan.
Comments