MB Terengganu menyatakan bahawa kelemahan struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak telah dikesan sejak perasmian pembukaan Sukan Malaysia (Sukma) 2008, namun tiada tindakan segera dari Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung perkara itu.
Ahmad Said seolah-olah menuding jari kepada JKR kerana tidak mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah tersebut sehinggalah bumbung itu runtuh.
Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa buat masa ini tetapi suatu siasatan rapi, telus dan professional mesti dijalankan oleh sebuah badan bebas yang diyakini.
Jika benar struktur bumbung lemah, mengapa ia lemah, mengapa ia diluluskan, bagaimana dengan bahan-bahan binaan yang digunakan, bagaimana sijil menduduki/kelulusan untuk digunakan dikeluarkan dan pelbagai lagi persoalan yang boleh ditanya dan disiasat.
Rakyat amat berharap siasatan ini dijalankan dengan teliti, cermat, telus, professional dan tiada unsur menyorokkan kebenaran. Jika terbukti berlaku penyelewengan, rasuah, kecuaian maka mereka yang terlibat mesti dihadapkan ke muka pengadilan.
Comments
Semua kata-kata itu hanyalah untuk menyejukkan dan menyedapkan hati orang ramai. Lepas itu senyap begitu sahaja sehinggalah runtuh lagi satu bangunan pada masa akan datang.
Macamana nak ambil tindakan kalau dah orang politik pun ada kepentingan dalam syarikat-syarikat yang terlibat. Kebanyakannya orang mereka juga yang jadi pengerusi syarikat.
Satu Malaysia kena perbodoh.
Rakrat Malaysia di Perbodohkan.
perkara pertama yg terlintas difikiran saya bila terbaca berita kejadian stadium tersebut runtuh adalah R A S U A H !!!!!
bayangkan baru setahun guna dah runtuh,'defect liability period' pun belum tamat !!!...bayangkan pula stadium2 di tempat2 lain yg dah berpuluh tahun dipakai....tak runtuh pun !!! malah masih utuh lagi...
apa yg tak kena sebenarnya kalau bukan rasuah !!!!!
hentikan le projek2 bersifat kroni ni....
1malaysia sedang tunggu.