STADIUM RUNTUH : SIASAT SECARA TERPERINCI

MB Terengganu menyatakan bahawa kelemahan struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak telah dikesan sejak perasmian pembukaan Sukan Malaysia (Sukma) 2008, namun tiada tindakan segera dari Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung perkara itu.
Ahmad Said seolah-olah menuding jari kepada JKR kerana tidak mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah tersebut sehinggalah bumbung itu runtuh.
Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa buat masa ini tetapi suatu siasatan rapi, telus dan professional mesti dijalankan oleh sebuah badan bebas yang diyakini.
Jika benar struktur bumbung lemah, mengapa ia lemah, mengapa ia diluluskan, bagaimana dengan bahan-bahan binaan yang digunakan, bagaimana sijil menduduki/kelulusan untuk digunakan dikeluarkan dan pelbagai lagi persoalan yang boleh ditanya dan disiasat.
Rakyat amat berharap siasatan ini dijalankan dengan teliti, cermat, telus, professional dan tiada unsur menyorokkan kebenaran. Jika terbukti berlaku penyelewengan, rasuah, kecuaian maka mereka yang terlibat mesti dihadapkan ke muka pengadilan.

Comments

salam. depa tak mau failkan ke mahkamah ka? kena tang batang hidung, sengap. dok diam-diam.
Unknown said…
Kita akan siasat, kita akan kaji, kita akan dakwa, kita akan black list. Itu adalah jawapan yang biasa kita dengar dari PM dan TPM bila berlaku sesuatu kejadian bangunan runtuh.

Semua kata-kata itu hanyalah untuk menyejukkan dan menyedapkan hati orang ramai. Lepas itu senyap begitu sahaja sehinggalah runtuh lagi satu bangunan pada masa akan datang.

Macamana nak ambil tindakan kalau dah orang politik pun ada kepentingan dalam syarikat-syarikat yang terlibat. Kebanyakannya orang mereka juga yang jadi pengerusi syarikat.

Satu Malaysia kena perbodoh.
Anonymous said…
Stadium runtuh - wang cukai rakyat pun hangus,mereka yang mendapat keuntungan adalah kontraktor dan perasuah dibawah 'Satu Projek Barisan National' - belum ada dalam sejarah keroni BN yang terlibat dalam pembinaan tersebut di bawa kemuka pengadilan.

Rakrat Malaysia di Perbodohkan.
Anonymous said…
salam,
perkara pertama yg terlintas difikiran saya bila terbaca berita kejadian stadium tersebut runtuh adalah R A S U A H !!!!!

bayangkan baru setahun guna dah runtuh,'defect liability period' pun belum tamat !!!...bayangkan pula stadium2 di tempat2 lain yg dah berpuluh tahun dipakai....tak runtuh pun !!! malah masih utuh lagi...
apa yg tak kena sebenarnya kalau bukan rasuah !!!!!
hentikan le projek2 bersifat kroni ni....
saya chuma tunggu bila bumbung putarjaya akan runtuh hempat najib dan bini.

1malaysia sedang tunggu.
Anonymous said…
salam buat semua ahli2 pas.... lihat pada diri anada hari ini....adakah kejayaan ada pada hari ini tidak menggunakan wang????muktamar anda hari ini tidak menggunakan wang???? anada pasti ingin menang dalam pertandingan merebut jawatan dalam parti..adakah anada tidak memberi rasuah walaupun hanya sekadar memberi wang kertas berjumlah RM10 sahaja...itu juga dinamakan rasuah kalau nada ingin melemparkan tuduhan pada parti BN mengamalkan rasuah... kaji dahulu parit anda sebelum dan selepas kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz Baru boleh salahkan parti lain....ingat...ALLAH ITU LIHAT APA SAHAJA YANG ANDA LAKUKAN DIATAS MUKA BUMINYA INI... JANGAN MELEMPARKAN FITNAH ANDAI ANDA TIDAK PERNAH TAHU APA YANG kERAJAAN BN LAKUKAN UNTUK MEMAJUKAN NEGARA DAN MENYELAMATKAN NEGARA DARI KEGAWATAN EKONOMI KINI...DAN JANGAN PANDAI MERUNGUT DAN BERCAKAP JE TAPI TAK PERNAH SUMBANGKAN WALAUPUN SEDIKIT BANTUAN DARI SEGI PEMIKIRAN MAHUPUN IDEA... WASSALAM...