Saya menggesa media menghentikan kerja jahat mereka melaga-lagakan pemimpin PAS dan juga memecahbelahkan perpaduan dalam PR. Sesungguhnya kerja jahat yang kamu jalankan amat buruk dan busuk sehingga menyebabkan perkara baik menjadi buruk dan perkara buruk menjadi baik.
Hari ini Utusan Meloya sekali lagi memainkan perana keji dan mungkar mereka memfitnah pemimpin PAS. Utusan mensensasikan bahawa PAS tergila-gila ingin membentuk kerajaan perpaduan bersama-sama dengan UMNO.
Utusan cuba memutarbelitkan kenyataan Tuan Guru Presiden PAS semasa muktamar berlangsung.
Saya yakin bahawa Tuan Guru tidak langsung berkata bahawa PAS mahu membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno/BN. Apa yang Tuan Guru kata bahawa pintu rundingan sentiasa terbuka tetapi bukannya rundingan untuk membentuk kerajaan perpaduan.
Sebenarnya media dan Umno/BN sendiri sudah nampak bahawa isu kerajaan perpaduan memang memberikan kelebihan kepada mereka kerana :-
- Isu ini akan menyebabkan berlaku perbezaan pendapat dalam PAS. Yang mana mereka menyangka perbezaan pendapat ini akan menjadi parah sehingga memecahbelahkan PAS. Sedangkan pada hakikatnya isu ini tidak akan melemahkan PAS sebagaimana yang ditunjukkan pada muktamar semalam
- Isu ini akan menyebabkan PAS mula dicurigai oleh DAP dan PKR. Namun saya yakin pimpinan kita sudah matang menangani masalah begini yang sememangnya menjadi taktik dan strategi BN untuk mengaut keuntungan politik seumpama isu perkauman dan agama.
Comments
http://mt.m2day.org/2008/content/view/22948/84/