PASCA MUKTAMAR : MEDIA HENTIKAN KERJA JAHAT LAGA-LAGA PEMIMPIN PAS & HUBUNGAN PAS-PKR-DAP

Saya menggesa media menghentikan kerja jahat mereka melaga-lagakan pemimpin PAS dan juga memecahbelahkan perpaduan dalam PR. Sesungguhnya kerja jahat yang kamu jalankan amat buruk dan busuk sehingga menyebabkan perkara baik menjadi buruk dan perkara buruk menjadi baik.

Hari ini Utusan Meloya sekali lagi memainkan perana keji dan mungkar mereka memfitnah pemimpin PAS. Utusan mensensasikan bahawa PAS tergila-gila ingin membentuk kerajaan perpaduan bersama-sama dengan UMNO.

Utusan cuba memutarbelitkan kenyataan Tuan Guru Presiden PAS semasa muktamar berlangsung.

Saya yakin bahawa Tuan Guru tidak langsung berkata bahawa PAS mahu membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno/BN. Apa yang Tuan Guru kata bahawa pintu rundingan sentiasa terbuka tetapi bukannya rundingan untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Sebenarnya media dan Umno/BN sendiri sudah nampak bahawa isu kerajaan perpaduan memang memberikan kelebihan kepada mereka kerana :-

  • Isu ini akan menyebabkan berlaku perbezaan pendapat dalam PAS. Yang mana mereka menyangka perbezaan pendapat ini akan menjadi parah sehingga memecahbelahkan PAS. Sedangkan pada hakikatnya isu ini tidak akan melemahkan PAS sebagaimana yang ditunjukkan pada muktamar semalam
  • Isu ini akan menyebabkan PAS mula dicurigai oleh DAP dan PKR. Namun saya yakin pimpinan kita sudah matang menangani masalah begini yang sememangnya menjadi taktik dan strategi BN untuk mengaut keuntungan politik seumpama isu perkauman dan agama.

Comments

Pak Oncu said…
WAHAI MANGKOK MANGKOK HAYUN DALAM PAS TOLONG LAH BACA DI LINK DI BAWAH INI DAN FAHAM KAN APA YG MEREKA NI TULIS,,,,,,

http://mt.m2day.org/2008/content/view/22948/84/
Anonymous said…
Sudah 2 hari saya tak buka blog-blog politik ni. Ni baru cuba baca-baca, belum banyak manapun. Tapi dah dapat kesimpulan, sedih sangat membaca kepada berita tentang rundingan dengan ameno no. Apapun penjelasannya, saya anggap pas macam bermain api. Saya Melayu, 60an, merayu sekali lagi, tolonglah jangan lukakan hati rakan-rakan dlm pakatan.
Anonymous said…
bila pulak media jahat..aku dengar dgn telinga aku sendiri PAS nak peluk cium UMNO dah..betula makcik kat Kuala Terengganu yg masuk TV3suku kate PAS kluk klek..memang PAS kluk klek terutama sekali Presiden dan Timb. Presiden..Aku kesian betula kat Nik Aziz..kalu Nik Azik merajuk dan keluar PAS..baru korang tau!!!
Anonymous said…
Haji Hadi dan Nasharudin..baik kamu dua orang LETAK JAWATAN..kalu nak berpaduan korang pergi Perak dan makan tempoyak atau durian busuk dengan Zahid Hamidi!!!Aku dah feedup dengan diorang kononnya ulama tapi menipu rakyat!!!Piraaahh!!!
PALESTINHOOD said…
wahai petugas media terutamanya utusan melayu,tv3... media massa bukannya tempat sebaran fitnah @ pencetus ketidakfahaman masyarakat... Maka, bertindaklah sebaiknya... Jika buat baik, akan dibalas baik...