ISU KERAJAAN PERPADUAN : TAHNIAH KEPADA PIMPINAN PAS

Tahniah diucapkan kepada pimpinan PAS, Dato Mustafa Ali dan Ustaz Nasaruddin Mat kerana telah membuat kenyataan yang tegas, tepat dan mudah difahami oleh rakyat seperti yang disiarkan oleh Harakah edisi terbaru (Bil 1446) yang dikeluarkan hari ini.

Kenyataan yang jelas dan tegas dari kedua-dua pemimpin tersebut berbunyi :-


1) PAS berpendirian bahawa PAS dan Pakatan Rakyat mesti diperkukuhkan

2) PAS tidak pernah mempunyai hasrat untuk bekerjasama dengan Umno dan BN

3) Polimek berhubung KERAJAAN PERPADUAN perlu dihentikan serta merta

4) Isu KERAJAAN PERPADUAN tidak relevan, mengelirukan dan tidak wajar ibincangkan oleh pemimpin parti di semua peringkat

5) Presiden PAS akan menjelaskan kekeliruan berkenaan KERAJAAN PERPADUAN kepada pemimpin PR

Sesungguhnya kenyataan tegas, padat dan matang inilah yang ditunggu-tunggu oleh seluruh lapisan rakyat bagi menamatkan kekeliruan yang timbul akibat serangan media dan jentera Umno/BN yang menggila.

Terbukti pemimpin PAS matang, terbuka dan sensitif terhadap kebimbangan dan kegelisahan rakyat tentang isu ini.

Apa yang jelas PAS adalah sebuah parti politik dan badan dakwah yang terbuka dan sentiasa mengambil kira kepentingan umum. Pintu perbincangan dan dialog terbuka kepada sesiapa sahaja dengan tidak mengira agama, ideologi dan warna kulit.

Syabas diucapkan kepada pemimpin dan ahli PAS yang matang dan hebat.

Comments

Anonymous said…
saudara,janganlah asyik bercerita yang enak-enak saje..hakikatnya PAS tengah mengalami satu krisis berat..pertembungan hebat..anta bagi kenyataan semua atas angin...ana kesian kat ahli,sepatutnya benda tak cukup masak jangan bagi orang makan..nanti sakit perut..ana nampak 2 orang pimpinan kita ni je yang asyik sebut pasal UG..apakebenda UG tu adakah semua ahli tau?ustaz tuan ibrahim paham UG cara lain.TG Nik Aziz paham Ug dari sudut lain..PAS diambang perpecahan..akui la wahai sahabatku..
zahidyusof said…
Sekarang ni sapa yang bagi makan...dari awal lagi di nyatakan bahawa UG ni hanya lontaran idea oleh Presiden... yang menjadi masalahnya golongan yang mahu merebuat jawatan Tim.Presiden telah menggunakan isu ini, dan kaitkan dengan pertemuan dengan Pak Lah pasca PRU 12 dulu sedangkan dalam pertemuan tu Khalid Samad pun ada.

Isu sekarang bukan bagi orang makan benda tak cukup masak...tapi ada yang pelahap duk makan benda yang belum masak lepas tu duk jaja kat orang untuk capai hasrat dan cita-cita...sebab tu pimpinan cakap berapa kali dah tiada lagi perbicangan tentang UG, termasuk belum muktamar oleh presiden sendiri...tapi oleh kerana ini di anggap sebagai senjata utama untuk rampas kerusi TIM. Presiden..maka mereka tetap guna...sekarang kerana tak puas hati kalah...maka di gunakan lagi..guna TGNA....inilah pembantu yang Ust Nik Abduh Kata sesat ni
Anonymous said…
salam.. buat ustad zahidyusuf.. pelik guane sek ganu ni.. dulu hok kuat mapoh ameno, 2 imam, dok makang sembelihan ameno, jgan tegor ameno.. macang2.. leni dah terbalik kot.. dokkang ganu se negeri je hok menurung mase pru12 dengki ngan negeri laing.. nok jalan pintah pulok ke.. sape ek yang ustad ahmad awang kabo tu.. dari ganu ke atau dari... eh kawang kite sorang tu ade negeri ke? caw? kaw? tup2 naik pusat.. tanding tmpt orang..
abu jahil said…
Kerajaan Perpaduan...memacah belahkan jemaah...masing2 memaham cara masing2.ade yg percaya bahawa pas akan masuk UMNO..aku akan tentang..tapi pemimpin kata kita x akan masuk umno...bila aku fikir2 agaknye kerajaan perpaduan ni mcm indonesia x....tiada pembankang membangkang tetap ade...