Tahniah diucapkan kepada pimpinan PAS, Dato Mustafa Ali dan Ustaz Nasaruddin Mat kerana telah membuat kenyataan yang tegas, tepat dan mudah difahami oleh rakyat seperti yang disiarkan oleh Harakah edisi terbaru (Bil 1446) yang dikeluarkan hari ini.
Kenyataan yang jelas dan tegas dari kedua-dua pemimpin tersebut berbunyi :-
1) PAS berpendirian bahawa PAS dan Pakatan Rakyat mesti diperkukuhkan
2) PAS tidak pernah mempunyai hasrat untuk bekerjasama dengan Umno dan BN
3) Polimek berhubung KERAJAAN PERPADUAN perlu dihentikan serta merta
4) Isu KERAJAAN PERPADUAN tidak relevan, mengelirukan dan tidak wajar ibincangkan oleh pemimpin parti di semua peringkat
5) Presiden PAS akan menjelaskan kekeliruan berkenaan KERAJAAN PERPADUAN kepada pemimpin PR
Sesungguhnya kenyataan tegas, padat dan matang inilah yang ditunggu-tunggu oleh seluruh lapisan rakyat bagi menamatkan kekeliruan yang timbul akibat serangan media dan jentera Umno/BN yang menggila.
Terbukti pemimpin PAS matang, terbuka dan sensitif terhadap kebimbangan dan kegelisahan rakyat tentang isu ini.
Apa yang jelas PAS adalah sebuah parti politik dan badan dakwah yang terbuka dan sentiasa mengambil kira kepentingan umum. Pintu perbincangan dan dialog terbuka kepada sesiapa sahaja dengan tidak mengira agama, ideologi dan warna kulit.
Syabas diucapkan kepada pemimpin dan ahli PAS yang matang dan hebat.
Comments
Isu sekarang bukan bagi orang makan benda tak cukup masak...tapi ada yang pelahap duk makan benda yang belum masak lepas tu duk jaja kat orang untuk capai hasrat dan cita-cita...sebab tu pimpinan cakap berapa kali dah tiada lagi perbicangan tentang UG, termasuk belum muktamar oleh presiden sendiri...tapi oleh kerana ini di anggap sebagai senjata utama untuk rampas kerusi TIM. Presiden..maka mereka tetap guna...sekarang kerana tak puas hati kalah...maka di gunakan lagi..guna TGNA....inilah pembantu yang Ust Nik Abduh Kata sesat ni