Saya membaca beberapa media hari ini. Salah satu media yang saya baca melaporkan tentang Sambutan Ulang Tahun ke 25 Kepimpinan Ulama'.
Apa yang saya kesalkan bagaimana isi kertas kerja tersebut boleh diketahui oleh media tersebut sedangkan semalam pihak penganjur telahpun memaklumkan melalui Dato' Mahfuz Omar salah seorang pengerusi slot pembentangan kertas kerja bahawa semua kertas kerja adalah rahsia dan mesti dijaga dengan baik supaya tidak terlepas ke tangan orang yang tidak sepatutnya.
Hasilnya hari ini media tersebut telah mensensasikan isi kertas kerja tersebut dan mungkin ianya akan diperpanjangkan untuk dimanipulasi oleh pihak tertentu.
Kepada para perwakilan dan sesiapa yang mempunyai kertas kerja tersebut lain kali sila bertanggungjawab dan amanah.
Comments
Double spy boleh berlaku di mana-mana parti.
Dan sepoi-sepoi ini ada dalam kalangan PR juga
Ada juga sebab wang bolih beli dan kaw tim.
walaupon yang berkerja untuk parti sudah angkat sumpah simpan rahsia parti.