SIAPA BOCORKAN ISI KERTAS KERJA SAMBUTAN JUBLI PERAK KEPIMPINAN ULAMA'?

Saya membaca beberapa media hari ini. Salah satu media yang saya baca melaporkan tentang Sambutan Ulang Tahun ke 25 Kepimpinan Ulama'.
Apa yang saya kesalkan bagaimana isi kertas kerja tersebut boleh diketahui oleh media tersebut sedangkan semalam pihak penganjur telahpun memaklumkan melalui Dato' Mahfuz Omar salah seorang pengerusi slot pembentangan kertas kerja bahawa semua kertas kerja adalah rahsia dan mesti dijaga dengan baik supaya tidak terlepas ke tangan orang yang tidak sepatutnya.

Hasilnya hari ini media tersebut telah mensensasikan isi kertas kerja tersebut dan mungkin ianya akan diperpanjangkan untuk dimanipulasi oleh pihak tertentu.
Kepada para perwakilan dan sesiapa yang mempunyai kertas kerja tersebut lain kali sila bertanggungjawab dan amanah.

Comments

maqcollection said…
fuhhh!!! next time kene amanah bile wat keje 2...
bukit teluk sera said…
kerahsiaan itu amat penting untuk membina integriti, iman dan taqwa. orang sebegini kalau kena tindakan - kena bagi amaran lisan, bukan bentuk bertulis. nanti bocor lagi..
Anonymous said…
dah jadi kebiasaan terlebih baik sangka orang kita ni..benda yg sepatutnya jadi rahsia senang2 aje di hebahkan..banya lagi kena belajar kalau nak memerintah negara
Anonymous said…
betul ke kertas kerja ini rahsia jika betul pembocornya adalah secelaka-celaka manusia perosak umat yang bertopengkan agama nak cari publisiti murah baso barua, nyah kau dari sini
Anonymous said…
Semoga Allah berikan ganjaran yang setimpal kepada pengkhianat parti. Swine flu umno sudah mula menjangkiti PAS.
cposawit said…
Salam, dalam kerja2 dakwah ni kalau kita tak siqah kat pimpinan jadi macam nila,bacala fiq-sirah dlm usrah2, bab sir ni penting.Jangan ingat ibadat tu solat,puasa haji je. kita ni nak pi jauh lagi syeh..
Kena berhati-hati.
Double spy boleh berlaku di mana-mana parti.
Dan sepoi-sepoi ini ada dalam kalangan PR juga
Ada juga sebab wang bolih beli dan kaw tim.

walaupon yang berkerja untuk parti sudah angkat sumpah simpan rahsia parti.
Anonymous said…
INI SEMUA KERJA UMNO YANG BERTOPENGKAN PAS...CILAKE PUNYA UMNO...