UMNO SEMAKIN BERCAKARAN, TUNGGU MASA UNTUK MASUK KUBUR

Nampaknya Umno dibawah payung Najib Tun Razak semakin caca marba dan bercakaran. Sekurang-kurangnya Umno di 4 buah negeri iaitu Perlis, Terengganu, Pahang dan Selangor berada dalam keadaan panas.

Di Perlis Ketua Penerangan Umno Negeri Perlis, Hashim menuduh Menteri Besarnya sendiri sebagai Produk Haram. Suatu tuduhan yang berat dan memalukan.

Di Terengganu 10 ADUN BN hari ini memboikot Sidang DUN kerana tidak berpuashati dengan Mat Said. Malah ada berita menyatakan bahawa mereka mahu membawa usul undi tidak percaya kepada Mat Said.

Manakala Umno Selangor juga tidak kurang hebat pergolakannya. Menteri Besar Pencen, Khir Toyo menyokong desakan supaya Najib Tun Razak mengambil alih jawatan pengerusi perhubungan Umno Selangor daripada Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Beliau yang juga ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, berkata langkah tersebut bertujuan untuk mengembalikan semula kekuatan Umno di negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Pahang Adnan Yaakub juga tidak senang duduk apabila bekas orang kuatnya Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Ahmad Tajuddin Sulaiman membuat dakwaan bahawa beliau campur tangan dalam pemilihan Umno bahagian itu tahun lepas. Pertelingkahan mereka ini menyebabkan ujudnya cabar mencabar supaya mereka bersumpah menjunjung Al Qur'an.

Ternyata sikap tamakkan kuasa dan pangkat akhirnya memecahbelahkan Umno yang sebenarnya sudah sampai ke penghujung usia. Dasar dan sistem Umno yang jauh tersasar dari Islam menyebabkan parti itu semakin hari semakin dihina dan semakin tidak relevan di mata rakyat.

Kekalahan demi kekalahan dalam pilihanraya menyebabkan pemimpin atasan semakin kepanasan namun sikap degil dan keras kepala menyebabkan mereka masih tidak mahu kembali kepada Islam.

Comments

Anonymous said…
mu puak hijau buat hal puak hijau jer lah
masalah dalam kain umno yang mu nak sibuk pehal...berapa number ahli unmo mu yang mu sibuk sangat ni...artikel ni tak tak lain cuba nak nmelaga laga kan pengikut umno...hampeeeh
Anonymous said…
nampak macam bercakaran tapi ini mungkin strategi, siapa tahu? macam kes kat perak, kes adun bota jangan buat-buat lupa pulak. mana tahu lepas ni selangor dan kedah pulak bertukar tangan. jangan pulak lepas tu nak salah kan umno. kau dan pas bodoh kau tu yang tak tahu nak jaga apa yang Allah SWT dah bagi kat kau dan pas musibat kau tu. ramai orang melayu dan orang islam yang dah tak sokong pas, yang sokong hanya orang kafir macam dap aje. siapa sebenarnya yang akan terkubur atau siapa pulak yang akan dikafirkan?????
Wahi said…
Sabar sheh !!! TAKBIRRR!!!! 3X
Anonymous said…
Kenapa lah ada orang UMNO yang bodoh, berperangai jahilliyah....
Keylee Daud said…
kekekeeke...kubur mana mau trime tu.keke
Anonymous said…
kita tgk jer drama swasta nie...

yg parti keris merah putih tu banyak korupsi nyer...

yg dah keluar C4, pun dah keluar, kita tunggu la tikam menikam kat sidang DUN nanti, hehehe...
Anonymous said…
teringat kat tokoh-tokoh lama, Mat jenin, Pak Kadok, Pak Belalang Si-Luncai dan Lebai Malang. Semuanya hebat tapi haprak.
Anonymous said…
Khas utk doggie UMNO. Kenapa doggie sekalian nyalak sana nyalak sini apabila orang bagi komen. Yg doggie buat komen kat PR tu, apasal tak nyalak. Memang angkuh dan biadab sikap doggie UMNO. Jangan ingat apa yg PR buat tu semuanya salah dan UMNO buat semuanya betul. Cubalah terima nasihat dan pandangan orang. Jangan ingat Umno ni macam tuhan yg tak pernah buat silap. Apa pandangan doggie kalian terhadap "produk haram" kat Perlis ???
Anonymous said…
pengikt umno dah lama bercakaran rebut saki baki kuasa...kita org PR mesti guna setiap peluang yang ada untuk hancurkan mereka..barisan makin rapuh..
Anonymous said…
ni kat Perak bercakar pula pasal tuntutan bayaran macam-macam kontrak PRK Bukit gantang.
berbakul said…
TUNTUT LA KAT NIZAR GILE KUASA TU....
mat kassim said…
bangang btul doggie UMNO sini !!! semua doggie UMNO adalah pengikut ekor doggie...!!"yes man" !!! si muhidin tun lagi bangang ckp pun x pandai !!! ckp apa2 pun nak refer monggolia!!! toyol !!! sumua UMNO adalah PRODUK HARAM !!!!!!!!!! jangan lupa "fung sui" tu bergilir-gilir !!! dulu PR korang maki hamun fitnah buat tabur sana sini! time PR selangor hadapi masalah habis doggie UMNO buat fitnah !!!! nahhhhhhhhh!! sekarang !!!! rasalah korang sendiri !!!!!! khakkkkkkkkkkkk Ptuiiiiiiiiiiiii!!!!
Anonymous said…
aku ni penyokong PAS.tapi aku harap kita semua dapat bersatu dan berbaik2 atas dasar Islam. Islam juga menghormati non muslim. sejarah Rasulullah juga dah buktikan bahawa Baginda juga boleh hidup aman damai dengan non muslim. Bahkan non muslim memuji Baginda kerana keadilan Baginda.Aku harap program yang baik dari mana-mana pihak jangan kita sangka buruk dahulu sebaiknya kita bersangka baik. Melainkan program yang memang buruk,mmg ada bukti niat jahat tersirat dan menjana gejala sosial. KOrang takyahla gaduh-gaduh sedangkan orang diluar ketawa melihat perbalahan kita.sudahla tinggal satu negara bercakaran sesama sendiri pula.