Nampaknya Umno dibawah payung Najib Tun Razak semakin caca marba dan bercakaran. Sekurang-kurangnya Umno di 4 buah negeri iaitu Perlis, Terengganu, Pahang dan Selangor berada dalam keadaan panas.
Di Perlis Ketua Penerangan Umno Negeri Perlis, Hashim menuduh Menteri Besarnya sendiri sebagai Produk Haram. Suatu tuduhan yang berat dan memalukan.
Di Terengganu 10 ADUN BN hari ini memboikot Sidang DUN kerana tidak berpuashati dengan Mat Said. Malah ada berita menyatakan bahawa mereka mahu membawa usul undi tidak percaya kepada Mat Said.
Manakala Umno Selangor juga tidak kurang hebat pergolakannya. Menteri Besar Pencen, Khir Toyo menyokong desakan supaya Najib Tun Razak mengambil alih jawatan pengerusi perhubungan Umno Selangor daripada Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Beliau yang juga ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, berkata langkah tersebut bertujuan untuk mengembalikan semula kekuatan Umno di negeri itu.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Pahang Adnan Yaakub juga tidak senang duduk apabila bekas orang kuatnya Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Ahmad Tajuddin Sulaiman membuat dakwaan bahawa beliau campur tangan dalam pemilihan Umno bahagian itu tahun lepas. Pertelingkahan mereka ini menyebabkan ujudnya cabar mencabar supaya mereka bersumpah menjunjung Al Qur'an.
Ternyata sikap tamakkan kuasa dan pangkat akhirnya memecahbelahkan Umno yang sebenarnya sudah sampai ke penghujung usia. Dasar dan sistem Umno yang jauh tersasar dari Islam menyebabkan parti itu semakin hari semakin dihina dan semakin tidak relevan di mata rakyat.
Kekalahan demi kekalahan dalam pilihanraya menyebabkan pemimpin atasan semakin kepanasan namun sikap degil dan keras kepala menyebabkan mereka masih tidak mahu kembali kepada Islam.
Comments
masalah dalam kain umno yang mu nak sibuk pehal...berapa number ahli unmo mu yang mu sibuk sangat ni...artikel ni tak tak lain cuba nak nmelaga laga kan pengikut umno...hampeeeh
yg parti keris merah putih tu banyak korupsi nyer...
yg dah keluar C4, pun dah keluar, kita tunggu la tikam menikam kat sidang DUN nanti, hehehe...