UMNO BERMAIN POLITIK DI SURAU

Umno sering menuduh PAS menggunakan masjid dan surau untuk tujuan politik. Namun tuduhan itu menunjukkan kedangkalan Umno tentang ajaran Islam. Apabila Ustaz-ustaz yang mengajar di masjid dan surau membacakan ayar-ayat Al-Qur'an dan Hadis mereka menuduh PAS bermain politik di masjid dan surau. Sedangkan mereka jahil tentang Islam dan tetap beriman bahawa politik tidak ada kena mengena dengan Islam.

Namun saya ingin menjelaskan di sini bahawa PAS tidak pernah menganjurkan program parti di dalam masjid atau pada mana-mana program dan aktiviti surau maupun masjid. Malangnya Umno lah yang sering menggunakan kemudahan awam seperti sekolah, balai raya, masjid dan surau untuk kepentingan politik mereka. Bayangkan bagaimana biadapnya Umno apabila tanpa segan silu menggunakan balai raya untuk dijadikan pejabat Umno cawangan. Di Melaka perkara sebegini sudah menjadi lumrah. Bagi pemimpin Umno harta awam dan harta rakyat adalah harta Umno dan BN.

Semalam Umno di Melaka sekali ini menunjukkan belang mereka apabila menyediakan kaunter pendaftaran keahlian Umno pada majlis Perasmian Surau dan Balairaya Taman Angkasa Nuri, DUN Durian Tunggal. Program di bawah Japerun Durian Tunggal dan JKKK Gangsa ini di adakan di kawasan Surau dan Balai Raya tersebut. Selepas ini saya tidak hairan jika papan tanda Umno Cawangan Taman Angkasa Nuri akan didirikan di perkarangan Balai Raya tersebut.

Lebih malang lagi acara perasmian yang disempurnakan oleh Ketua Menteri dan ADUN Durian Tunggal, Wahab Latip juga dicemari dengan program berunsur judi. Pihak penganjur telah mengadakan pertandingan meneka berat buku dan jumlah muka surat. Setiap peserta yang ingin menyertai pertandingan tersebut dikenakan 50 sen untuk sekali teka. Bukankah ianya ada unsur-unsur judi?

Inilah Umno, kalau tidak menggunakan kemudahan rakyat dan awam serta menyelitkan program-program berunsur judi dan maksiat itu bukan Umno namanya.
Sumber : Blog Angkasa Nuri

Comments

mawe™ said…
bukan itu saja saudara sofi..malah semua ketua pemuda umno melaka diarah membuka pertubuhan belia dimana semua kempipinan dibawah umno walhal pertubuhan belia sepatutnya tidak boleh dipolitik atau digunakan untuk tujuan politik..ini kerana mereka sedar suara 6 juta belia yg akan mengundi pada pr 13 nie akan memaling tadah kearah calon pakatan rakyat oleh itu saya seru agar kempipinan pakatan rakyat melaka dan ketua2 pemuda dan dewan pemuda mengambil berat hal ini..kerana..mata pemuda akan digelapkan oleh wang ringgit mainan umno..bergerak lah ketua pemuda pakatan rakyat
Upacara lancar surau ke atau lancar kasino halal? Cuba tanya dia .
Maseh ramai orang Islam yang tak faham-faham bahawa judi dan main teka-teka untuk dapat hadiah adalah haram. Chuma nama sahaja yang berbunyi Islam tapi bukan cara hidup nya.

Banyak yang dah tahu perbuatan keji umno.
Dan banyak lagi yang belum tahu.
Sila sebar kan dengan cara baik.
an-nur said…
bagaimana untuk melawan orang munafik seperti orang Umno. mereka telah banyak menyesatkan akidah orang Islam. mereka menghujani fikiran orng Islam dengan hiburan dan maksiat. mereka memalingkan pandangan syurga ke neraka tanpa disedari. mereka menjemput orang Islam beramai-ramai bersama-sama mereka mendiami neraka. namun ada segelintir orang Islam yang mengaku dirinya tinggi ilmu agama berkompromi bersama mereka menghalalkan kemungkaran pemimpin-pemimpin UMNO. mereka ini lebih teruk dari pemimpin-pemimpin UMNO yang munafik ini. ya Allah jauhkan kami dari mereka yang memalingkan syurgamu dari pandangan mata kami, selama ini pandangan kami dikaburkan dengan duniawi semata-mata oleh pemimpin kami. kami tewas kerana terlalu mempercayai mereka. tunjukkan kami jalan yang lurus, jalan yang lurus yang Engkau redhai-amin
mustajab said…
Golongan laknat, adalah golongan yang menuduh dan mempertikaikan usaha baik untuk Islam.