Umno sering menuduh PAS menggunakan masjid dan surau untuk tujuan politik. Namun tuduhan itu menunjukkan kedangkalan Umno tentang ajaran Islam. Apabila Ustaz-ustaz yang mengajar di masjid dan surau membacakan ayar-ayat Al-Qur'an dan Hadis mereka menuduh PAS bermain politik di masjid dan surau. Sedangkan mereka jahil tentang Islam dan tetap beriman bahawa politik tidak ada kena mengena dengan Islam.
Namun saya ingin menjelaskan di sini bahawa PAS tidak pernah menganjurkan program parti di dalam masjid atau pada mana-mana program dan aktiviti surau maupun masjid. Malangnya Umno lah yang sering menggunakan kemudahan awam seperti sekolah, balai raya, masjid dan surau untuk kepentingan politik mereka. Bayangkan bagaimana biadapnya Umno apabila tanpa segan silu menggunakan balai raya untuk dijadikan pejabat Umno cawangan. Di Melaka perkara sebegini sudah menjadi lumrah. Bagi pemimpin Umno harta awam dan harta rakyat adalah harta Umno dan BN.
Semalam Umno di Melaka sekali ini menunjukkan belang mereka apabila menyediakan kaunter pendaftaran keahlian Umno pada majlis Perasmian Surau dan Balairaya Taman Angkasa Nuri, DUN Durian Tunggal. Program di bawah Japerun Durian Tunggal dan JKKK Gangsa ini di adakan di kawasan Surau dan Balai Raya tersebut. Selepas ini saya tidak hairan jika papan tanda Umno Cawangan Taman Angkasa Nuri akan didirikan di perkarangan Balai Raya tersebut.
Lebih malang lagi acara perasmian yang disempurnakan oleh Ketua Menteri dan ADUN Durian Tunggal, Wahab Latip juga dicemari dengan program berunsur judi. Pihak penganjur telah mengadakan pertandingan meneka berat buku dan jumlah muka surat. Setiap peserta yang ingin menyertai pertandingan tersebut dikenakan 50 sen untuk sekali teka. Bukankah ianya ada unsur-unsur judi?
Inilah Umno, kalau tidak menggunakan kemudahan rakyat dan awam serta menyelitkan program-program berunsur judi dan maksiat itu bukan Umno namanya.
Sumber : Blog Angkasa Nuri
Comments
Maseh ramai orang Islam yang tak faham-faham bahawa judi dan main teka-teka untuk dapat hadiah adalah haram. Chuma nama sahaja yang berbunyi Islam tapi bukan cara hidup nya.
Banyak yang dah tahu perbuatan keji umno.
Dan banyak lagi yang belum tahu.
Sila sebar kan dengan cara baik.