MR PENASIHAT LEBIH BAHAYA DARI BUDAK TINGKAT 4

Kalau zaman Tun Pak Lah (TPL) beliau dikatakan mempunyai budak Tingkat 4 untuk menentukan apa juga perkara berkaitan dengan pentadbirannya. Kini zaman Najib lebih bahaya kerana Mr Penasihat secara terang-terang mengaku sedia dan bila-bila masa akan menjadi Penasihat kepada Memanda Menteri Perdana sekarang iaitu Tok Najib.
Semasa era Tun Pak Lah (TPL) kewujudan Budak Tingkat 4 tidaklah diawal-awal pemerintahan TPL. Budak Tingkat disedari kewujudannya selepas beberapa lama. Namun zaman Tok Najib ini, Mr Penasihat mengaku sendiri untuk menjadi penasihat sebelum Tok Najib akan sumpah. Malah bukti kekuasaan Mr Penasihat terserlah apabila anak Mr Penasihat telah dilantik menjadi Memanda Menteri Timbalan.
Hebat sungguh Mr Penasihat.
Ingatkah tuan-puan akan cerita 3 Abdul apabila Mr Penasihat 25 % menjadi penasihat kepada Sadiq Sigaraga. Oleh kerana 'hebatnya' Mr Penasihat akhirnya Sadiq Sigaraga kena jual menjadi oleh kerana kebijaksanaan Abdul Wahub memperdayakan Sadiq.
Saya bimbang perkara yang sama berlaku. Oleh kerana Tok Najib sentiasa menerima nasihat Mr Penasihat kita bimbang negara kita pula terjual dan tergadai sebagaimana semasa Mr Penasihat menjadi Menteri Perdana berapa banyak tanah di negara kita dijual kepada rakyat negara asing. Kita juga bimbang kekuasaan raja-raja semakin terhakis kerana Mr Penasihat memang tidak suka kepada Raja; Islam dipinggirkan; ISA digunakan sewenang-wenangnya; demokrasi terhakis dan seribu satu macam lagi perkara negatif dan zalim yang pernah dilakukan oleh Mr Penasihat dahulu akan diulangi semula demi untuk menjamin kekuasaan BN.
Ingatkan tuan-puan akan peristwa memali (19 Nov 1985 - mengorban berbelas orang kampung -Syahid); peristiwa penangkapan beramai-ramai pemimpin PAS - Operasi Lalang (1987); penderaan kepada rakyat Kelantan (bantuan perkapita disekat); projek-projek dibolot oleh kroni dan saudara mara serta berbagai lagi peristiwa menyayat hati yang dilakukan di zaman pemerintahan Mr Penasihat. Tidak mustahil ianya akan diulangi malah dengan lebih teruk lagi pada zaman Memanda Menteri Perdana Tok Najib.

Comments

Akar Umbi said…
Saudara Sofi,

Rasanya tidak adil untuk kita meletakkan yang negatif hanya kepada TDM. Saya juga boleh membuatkan bermacam-macam andaian, jika mata dan pandangan saya hanya dijuruskan kepada perspektif yang negatif sahaja.

Saya harap saudara Sofi harusnya menyemak kembali kepada perkara yang berlaku seperti berikut:-

1. Peristiwa Memali - Cuba semak siapakah Menteri Dalam Negeri pada masa itu dan pastikan samada TDM berada di dalam negara atau luar negara? Tahukah saudara reaksi TDM terhadap peristiwa itu?
2. Operasi Lalang - saudara marah apabila ramai pemimpin PAS dikenakan ISA, tetapi bagaimana pula reaksi saudara terhadap penahanan Ibrahim Ali, Fahmi Ibrahim, Lee Kim Sai dll?
3. Bantuan Per Kapita ditarik balik - Mungkin saudara merujuk kepada bantuan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat(?). Jika merujuk kepada isu tersebut, saya lebih maklum daripada saudara kerana saya ketika itu, malah hingga sekarang merupakan Pengerusi Sekolah Agama Rakyat. Bantuan Per Kapita yang disalurkan melalui Kementerian Pendidikan ketika itu, merupakan subsidi gaji kepada guru-guru. 70% daripada jumlah geran yang disalurkan wajib diagihkan kepada guru-guru SAR. Sementara baki 30%, adalah untuk pentadbiran sekolah. Meskipun, geran ditarik balik, guru-guru SAR telah diberi pilihan untuk berkhidmat dengan kerajaan, malah yang SAR yang tidak berkemampuan diberi pilihan untuk diambil alih oleh kerajaan persekutuan. Mengikut ceritanya, ada SAR yang tidak mengagihkan portion 70% kepada guru-guru seperti yang disyaratkan, maka per kapita ditarik balik. Supaya tidak berlaku zalim, maka sekolah dan guru-guru rakyat telah diberi pilihan untuk diserapkan dibawah pentadbiran kerajaan. Perlukah kita berkokok pada 1 tahun yang tak dapat tanpa ucapan terima kasih pada yang bertahun-tahun mendapat geran tahunan?

P/s saya pun ada anak nama Sofi yang berumur 11 tahun, dengan harapan akan menjadi seorang ahli sufi.
MSTC SDN BHD said…
This comment has been removed by the author.
Anonymous said…
Komen tentang apa yang diperkatakan oleh Saudara Azlan

1)Peristiwa Memali - mustahil seorang Perdana Menteri tidak tahu tindak tanduk menteri dalam negeri yang mana sesuatu perkara besar seperti itu mesti dilaporkan kepada PM dahulu. Mengapa isu Memali ini tidak diselesaikan sehingga sekarang di mana perbicaraannya masih ditangguh-tangguhkan ....

2) Operasi Lalang - Ibrahim Ali, Fahmi Ibrahim adalah anggota Team B yang menentang Dr Mahathir.

3) Bantuan perka pita kepada kerajaan negeri Kelantan dan SAR dilambat-lambatkan dan ditarik balik. Berapa banyak SAR yang mati. Banyak juga SAR yang mengalami kekurangan guru kerana Guru-guru ditawarkan jawatan J-QAF dan sebagainya ...
Anonymous said…
Ya...Penasihat di Twin Tower KLCC...llagi hebat....gi tiggi tuh...nampak semua kat bawah...berbanding tingkat 4....
Anonymous said…
hanya org buta mata hati dan buta iman sahaja yg tidak takut pd hukuman Allah sahaja akan memandang Mahathir sebagai malaikat.....insaflah...sudah-sudahlah menjadikan mahathir raja agong di malaysia...sudah lah, rentikanlah.....lebih byk keburukannya dari sebutir pasir kebaikannya....rentikanlah.......
F1221 said…
Assalamualaikum Warahmatullah apa khabar...saudara seagama dgn saya..??

Pertama skali ingin saya nyatakan tiada sesiapa antara kita yg maksum selepas Rasullallah SAW

Kita jgn taksub sesama manusia...
dlm perkara mengenai Tun Dr.M saya beranggapan jasanya lebih byk dari kesilapan...jadi sebagai manusia dan rakyat M'sia yg hidup di zaman TDM masih ada rasa hormat dan sudi memaafkan kesilapannya..kerana Rasullallah SAW menggalakkan kita bermaaf-maafan

Jika kita positif thinking adalah lebih mulia rasanya...Jasanya dlm memajukan negara dan menentang musuh islam Yahudi dan US rasanya lebih baik berbanding kita...kerana jika tidak dpt melawan dgn perbuatan adalah cukup dgn bersuara...sehingga sekarang TDM masih melawan dn mengutuk musuh2 Islam

TDM semmgnya kurang dlm ilmu agama...jika kita yg lebih berilmu brpengetahuan kenapa selalu perpandangan negatif..dan suka menghina

Perkuatkanlsh Umat Islam dan Bangsa Melayu di negara kita... jgnlah terlampau taksub dgn berpolitik sehingga lupa adat dan pesanan dari Islam yg suci

Islam is the way of life
Anonymous said…
Pada pandangan dan penelitian saya, segala situasi kronik yang menggila berlaku sekarang, tidak boleh disalahkan 100% pd pak Lah...mahathirlah yang menyediakan lorong dan punca utama sebagai penyebab berlakunya ribut politik yang amat menyusahkan rakyat kini....akibat dasarnya yang banyak mengorbankan kepentingan rakyat, demi untuk mengejar wawasan gilanya iaitu wawasan 2020 maka leher rakyat dijerut dengan kos yang melampau-lampau dari sistem penswastaan dll...kemudian dlm konteks politik pulak, mahathirlah punca utamanya yg menyebabkab haru-biru politik kini...iaitu dia memecat Anwar lalu dizaliminya dengan sedahsyat2nya....lalu org Melayu terpecah kepada beberapa pecahan sehinggalah kini...lalu dia menyalahkan Pak Lah yg membebaskan Anwar...apa kena mengena Pak Lah dgn kes mahathir dgn Anwar...Pak Lah membebaskan Anwar...lalu mahkamah menyatakan tiada sabitan kes Anwar....apa cerita...lalu Anwar dibebaskan olh Pak Lah. Pak Lah lbh mulia dpd mahathir....sejak itu berpecahlah Melayu.....akibat rakus kuasa olh mahathir...
Dan semasa menjadi PM mahathir tak henti-henti mengugut org Melalyu untuk hhapuskan subsidi, tongkatlah dan mcm2 lg....kutuk org melalyu....tp sekarang kenapa UMNO tak berani langsung nak sebut hapuskan subsidi tuk org melalyu?????????????
so tak payahlah kita nak mengangungkan mahathir melebihi kit mengangungkan Nabi Tercinta SAW....dan sekarang org tua ini kembali lg untuk menjadi pengacau politik malaysia.......tunggulah akibatnya...
aku said…
mr penasihat ni sebenarnya gila kuasa,semua dia nak kontrol mcm la bagus sgt, aku tak nafikan byk yg dia modenkan negara dengan pembangunan mcm2 tapi kita kena lihat sape yg dpt kontrak?sape yg kaya?apa yg dia buat tu utk kayakan dia & geng2 dia jea. swastakan mcm2, tol sana sini, sape yg untung?mereka dan keluarga mereka jugak, rakyat yg miskin makin melarat, bukan sebab mereka tak pandai skolah tapi tak mampu nak bayar mcm2, dapat 3M (membaca,menulis,mengira) cukupla. kalau nak kerja apa2 yg best skit kena ada kabel. Bukan dia jea yg pandai kutuk yahudi, US tp satu M'sia, dunia kutuk tp sebab wartawan pergi interview dia dan tak pilih rakyat jelata, makanya nama dia jeala yg naik...masalah AP dari dia masih PM sampai jd Mr Penasihat tak settle2 lg, knp dia tak settlekan masa jd PM dulu? fikir2kan.....aku ni bukannya tak blh maafkan dia tapi kalau dari muda sampai tua duk asyik nyusahkan aku dan rakyat2 lain,ini dah jd melampau, fed up jugak aku. Yg duk crite psl Memali la,Sauk la(ada jugak kot), takkan la PM bodoh sangat sampai tak tau alih2 jd jea,pastu komen kononnya kesal dll, tak payah la pikir byk, keje kat mana skalipun, bos mesti kena inform dulu, dapat approval baru blh buat action. Aku bukannya apa, bg la Najib tu peluang buat kerja cara dia,tunjuk kredibiliti dia tanpa arahan & restu Mr Penasihat, pastu kita rakyat jelata ni yg cuma ada kuasa mengundi(tu pun kadang kena tipu)buatla penilaian masing2. Apa yg penting pada aku senang jea 'ISLAM NO.1, RAKYAT MALAYSIA BERSATU'.tq
F1221 said…
Assalamualaikum wrbkth.

...pandangan saya pulak org yg memporak perandakn politik M'siaskarang adalah DSAI

sbb dia trlampau brcita-cita nk jadi PM...tp jika Allah tk mengizinkn maka tiadalah...(Kun Faya Kun)

Org seperti saya yg dulunya taksub dgn saudara DSAI dh mula muak dgn permainannya...saya tk kan mengiakn pertuduhan politik kpd sesiapa pn...Wallahualam

Kita manusia diberi akal dan fikiran..jadi berfikirlah sebaik-baiknya dan menilailah sebijak-bijaknya.

Jgn asyik nk berpolitik sehingga kg halaman trgadai...biarlah kerajaan yg ada skang ni mnjalankn kerja memulihkn keadaan negara tercinta.

kemungkinan ada sedikit pengaruh TDM dlm kabinet baru Najib...tp rasanya PM baru lebih bijak utk menentukn mana yg baik...apakah buktinya TDM 100% mempegaruhi..sbb manusia kalau dh benci..tkkan terima walaupn kita brbuat baik

Nauzubillah...Wassalam
F1221 said…
Mmg kita umat Islam semua mengutuk Yahudi...dan US...

mmg boleh siarkn anda semua mengutuk tapi tidak akan memberi apa kesan..

beza TDM mahathir dgn kita dia adalah wira bg Negara2 arab..dan TDM adalah seorang tokoh yg penah disegani suatu ketika dulu..sehingga skang byk negara2 Arab meminta nasihat dari beliau...


Keberanian sahaja belum cukup...sbb itulah kita dikurniakn Iman,Akal dan Fikiran
begitu juga Tok Guru Nik Aziz dan Hj Hadi...dari segi ilmu agamanya Masha Allah...semoga kita beroleh ramai Pemimpin seperti tok guru...dan saya brharap PAS dpt melahirkn ramai pemimpin seperti ini bagi memimpin negara kita dan negara2 islam lain dlm OIC