Kalau zaman Tun Pak Lah (TPL) beliau dikatakan mempunyai budak Tingkat 4 untuk menentukan apa juga perkara berkaitan dengan pentadbirannya. Kini zaman Najib lebih bahaya kerana Mr Penasihat secara terang-terang mengaku sedia dan bila-bila masa akan menjadi Penasihat kepada Memanda Menteri Perdana sekarang iaitu Tok Najib.
Semasa era Tun Pak Lah (TPL) kewujudan Budak Tingkat 4 tidaklah diawal-awal pemerintahan TPL. Budak Tingkat disedari kewujudannya selepas beberapa lama. Namun zaman Tok Najib ini, Mr Penasihat mengaku sendiri untuk menjadi penasihat sebelum Tok Najib akan sumpah. Malah bukti kekuasaan Mr Penasihat terserlah apabila anak Mr Penasihat telah dilantik menjadi Memanda Menteri Timbalan.
Hebat sungguh Mr Penasihat.
Ingatkah tuan-puan akan cerita 3 Abdul apabila Mr Penasihat 25 % menjadi penasihat kepada Sadiq Sigaraga. Oleh kerana 'hebatnya' Mr Penasihat akhirnya Sadiq Sigaraga kena jual menjadi oleh kerana kebijaksanaan Abdul Wahub memperdayakan Sadiq.
Saya bimbang perkara yang sama berlaku. Oleh kerana Tok Najib sentiasa menerima nasihat Mr Penasihat kita bimbang negara kita pula terjual dan tergadai sebagaimana semasa Mr Penasihat menjadi Menteri Perdana berapa banyak tanah di negara kita dijual kepada rakyat negara asing. Kita juga bimbang kekuasaan raja-raja semakin terhakis kerana Mr Penasihat memang tidak suka kepada Raja; Islam dipinggirkan; ISA digunakan sewenang-wenangnya; demokrasi terhakis dan seribu satu macam lagi perkara negatif dan zalim yang pernah dilakukan oleh Mr Penasihat dahulu akan diulangi semula demi untuk menjamin kekuasaan BN.
Ingatkan tuan-puan akan peristwa memali (19 Nov 1985 - mengorban berbelas orang kampung -Syahid); peristiwa penangkapan beramai-ramai pemimpin PAS - Operasi Lalang (1987); penderaan kepada rakyat Kelantan (bantuan perkapita disekat); projek-projek dibolot oleh kroni dan saudara mara serta berbagai lagi peristiwa menyayat hati yang dilakukan di zaman pemerintahan Mr Penasihat. Tidak mustahil ianya akan diulangi malah dengan lebih teruk lagi pada zaman Memanda Menteri Perdana Tok Najib.
Comments
Rasanya tidak adil untuk kita meletakkan yang negatif hanya kepada TDM. Saya juga boleh membuatkan bermacam-macam andaian, jika mata dan pandangan saya hanya dijuruskan kepada perspektif yang negatif sahaja.
Saya harap saudara Sofi harusnya menyemak kembali kepada perkara yang berlaku seperti berikut:-
1. Peristiwa Memali - Cuba semak siapakah Menteri Dalam Negeri pada masa itu dan pastikan samada TDM berada di dalam negara atau luar negara? Tahukah saudara reaksi TDM terhadap peristiwa itu?
2. Operasi Lalang - saudara marah apabila ramai pemimpin PAS dikenakan ISA, tetapi bagaimana pula reaksi saudara terhadap penahanan Ibrahim Ali, Fahmi Ibrahim, Lee Kim Sai dll?
3. Bantuan Per Kapita ditarik balik - Mungkin saudara merujuk kepada bantuan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat(?). Jika merujuk kepada isu tersebut, saya lebih maklum daripada saudara kerana saya ketika itu, malah hingga sekarang merupakan Pengerusi Sekolah Agama Rakyat. Bantuan Per Kapita yang disalurkan melalui Kementerian Pendidikan ketika itu, merupakan subsidi gaji kepada guru-guru. 70% daripada jumlah geran yang disalurkan wajib diagihkan kepada guru-guru SAR. Sementara baki 30%, adalah untuk pentadbiran sekolah. Meskipun, geran ditarik balik, guru-guru SAR telah diberi pilihan untuk berkhidmat dengan kerajaan, malah yang SAR yang tidak berkemampuan diberi pilihan untuk diambil alih oleh kerajaan persekutuan. Mengikut ceritanya, ada SAR yang tidak mengagihkan portion 70% kepada guru-guru seperti yang disyaratkan, maka per kapita ditarik balik. Supaya tidak berlaku zalim, maka sekolah dan guru-guru rakyat telah diberi pilihan untuk diserapkan dibawah pentadbiran kerajaan. Perlukah kita berkokok pada 1 tahun yang tak dapat tanpa ucapan terima kasih pada yang bertahun-tahun mendapat geran tahunan?
P/s saya pun ada anak nama Sofi yang berumur 11 tahun, dengan harapan akan menjadi seorang ahli sufi.
1)Peristiwa Memali - mustahil seorang Perdana Menteri tidak tahu tindak tanduk menteri dalam negeri yang mana sesuatu perkara besar seperti itu mesti dilaporkan kepada PM dahulu. Mengapa isu Memali ini tidak diselesaikan sehingga sekarang di mana perbicaraannya masih ditangguh-tangguhkan ....
2) Operasi Lalang - Ibrahim Ali, Fahmi Ibrahim adalah anggota Team B yang menentang Dr Mahathir.
3) Bantuan perka pita kepada kerajaan negeri Kelantan dan SAR dilambat-lambatkan dan ditarik balik. Berapa banyak SAR yang mati. Banyak juga SAR yang mengalami kekurangan guru kerana Guru-guru ditawarkan jawatan J-QAF dan sebagainya ...
Pertama skali ingin saya nyatakan tiada sesiapa antara kita yg maksum selepas Rasullallah SAW
Kita jgn taksub sesama manusia...
dlm perkara mengenai Tun Dr.M saya beranggapan jasanya lebih byk dari kesilapan...jadi sebagai manusia dan rakyat M'sia yg hidup di zaman TDM masih ada rasa hormat dan sudi memaafkan kesilapannya..kerana Rasullallah SAW menggalakkan kita bermaaf-maafan
Jika kita positif thinking adalah lebih mulia rasanya...Jasanya dlm memajukan negara dan menentang musuh islam Yahudi dan US rasanya lebih baik berbanding kita...kerana jika tidak dpt melawan dgn perbuatan adalah cukup dgn bersuara...sehingga sekarang TDM masih melawan dn mengutuk musuh2 Islam
TDM semmgnya kurang dlm ilmu agama...jika kita yg lebih berilmu brpengetahuan kenapa selalu perpandangan negatif..dan suka menghina
Perkuatkanlsh Umat Islam dan Bangsa Melayu di negara kita... jgnlah terlampau taksub dgn berpolitik sehingga lupa adat dan pesanan dari Islam yg suci
Islam is the way of life
Dan semasa menjadi PM mahathir tak henti-henti mengugut org Melalyu untuk hhapuskan subsidi, tongkatlah dan mcm2 lg....kutuk org melalyu....tp sekarang kenapa UMNO tak berani langsung nak sebut hapuskan subsidi tuk org melalyu?????????????
so tak payahlah kita nak mengangungkan mahathir melebihi kit mengangungkan Nabi Tercinta SAW....dan sekarang org tua ini kembali lg untuk menjadi pengacau politik malaysia.......tunggulah akibatnya...
...pandangan saya pulak org yg memporak perandakn politik M'siaskarang adalah DSAI
sbb dia trlampau brcita-cita nk jadi PM...tp jika Allah tk mengizinkn maka tiadalah...(Kun Faya Kun)
Org seperti saya yg dulunya taksub dgn saudara DSAI dh mula muak dgn permainannya...saya tk kan mengiakn pertuduhan politik kpd sesiapa pn...Wallahualam
Kita manusia diberi akal dan fikiran..jadi berfikirlah sebaik-baiknya dan menilailah sebijak-bijaknya.
Jgn asyik nk berpolitik sehingga kg halaman trgadai...biarlah kerajaan yg ada skang ni mnjalankn kerja memulihkn keadaan negara tercinta.
kemungkinan ada sedikit pengaruh TDM dlm kabinet baru Najib...tp rasanya PM baru lebih bijak utk menentukn mana yg baik...apakah buktinya TDM 100% mempegaruhi..sbb manusia kalau dh benci..tkkan terima walaupn kita brbuat baik
Nauzubillah...Wassalam
mmg boleh siarkn anda semua mengutuk tapi tidak akan memberi apa kesan..
beza TDM mahathir dgn kita dia adalah wira bg Negara2 arab..dan TDM adalah seorang tokoh yg penah disegani suatu ketika dulu..sehingga skang byk negara2 Arab meminta nasihat dari beliau...
Keberanian sahaja belum cukup...sbb itulah kita dikurniakn Iman,Akal dan Fikiran
begitu juga Tok Guru Nik Aziz dan Hj Hadi...dari segi ilmu agamanya Masha Allah...semoga kita beroleh ramai Pemimpin seperti tok guru...dan saya brharap PAS dpt melahirkn ramai pemimpin seperti ini bagi memimpin negara kita dan negara2 islam lain dlm OIC