SOKONGAN KEPADA NIZAR SEMAKIN MENINGKAT

Sokongan kepada YAB Menteri Besar Perak semakin meningkat dari masa ke semasa sejak kerusi Menteri Besarnya dirompak oleh BN.

Tinjauan rambang beberapa organisasi dan media mendapati sokongan ini meningkat disebabkan beberapa perkara samada isu domestik Perak atau isu nasional.

Antara isu yang semakin menyemarakkan sokongan kepada YAB Nizar dan kerajaan PR di Perak ialah :-

1) Isu Sidang DUN tergempar dihalang oleh Polis dan Setiausaha Kerajaan Negeri

2) Isu kezaliman kerajaan kepada peserta himpunan PPSMI

3) Isu derhaka kepada Raja. Rakyat mula sedar bahawa Umno lah yang sebenarnya derhaka kepada Raja dengan meminda perlembagaan mengurangkan kuasa Raja-Raja

4) Isu kematian tahanan yang mati dalam penjara, Kugan

5) Isu ekonomi yang semakin meruncing

6) Isu kebiadapan Polis terhadap Speaker dan ADUN Perak yang dihalang untuk memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan dan DUN Perak

7) Isu kebiadapan dan kejahatan BN merompak kuasa PR itu sendiri

8) Isu rasuah dalam Umno dan rasuah kepada 3 ADUN yang melompat parti

9) Isu pembaziran kerajaan HARAM BN yang mula disedari rakyat

10)Isu simpati rakyat kerana Nizar dihalau dari pejabat dan rumahnya

Dan banyak lagi isu lain yang benar-benar menyentuh hati rakyat ....dari tinjauan secara rambang pihak-pihak yang menjalankan survey mendapati 80-90 % rakyat berketurunan India; 70-80% rakyat berketurunan Tionghua dan 45-55 % orang Melayu menyokong Nizar dan PR.

Ini menjadikan BN agar sukar untuk merampas Parlimen Bukit Gantang dan Bukit Selambau pada PRK yang diadakan pada 7 April ini.

Comments

Anonymous said…
Kalau anda berada diIpoh. Anda akan dapati perbualan orang ramai di warung, di pasar, di suruau dan di mana-mana saja,rakyat sangat meluat kepada UMNOBN. Sehingga penyokong mereka pun sudah pandai menyindir kecuali yang ada kepentingan.
Anonymous said…
Bukan setakat kat Ipoh saja..malah hampir semua tempat kat Perak....Kalau tanya orang Cina 90% menolak UMNO-BN..mereka akan hukum melalui undi mereka begitu juga dengan orang India...isu Hindraf dan kematian Kugan akan memerangkap UMNO Bn buat selamanya.......tak hairanlah UMNO terpaksa menggunakan isu derhaka kepada sultan di PRK Bukit Gantang.....mereka kata Pakatan Rakyat dan Nizar derhaka....Pakatan rakyat dedahkan semua penderhakaan UMNO sejak zaman Tun Rzak sehingga sekarang....umno akan musnah pada pilihanraya ke 13 nanti.....
Anonymous said…
Saya cukup hairan kenapa sokongan orang melayu masih dibawah 60%. Kenapa tidak diperhebatkan penyebaran maklumat di kalngan orang melayu lagi terutama sekali di luar bandar..sedangakan pada tahun 1998 sokongan orang boleh melebihi 60% kenapa pulak tidak sekarang?
Anonymous said…
Melayu ni jenis tak makan ajar. Yang muda tu, alhamdulillah. Yang tua tu, dok pikiaq pasai kerajaan Umno lah, semua anaknya ada kereta. Dah senang, dah kaya. Kita pi kempen pasai PR, tak mau dengar. Teh O pun tak jadi hidang. Tapi apa yang pasti, kami di Bukit Selambau pasti menolak BN. Tunggu hari aja. Walau tiap hari spy BN dok survey, depa lagi makin pening kepala.
DAH NAK MAMPUS DAHHHHHHHHHHHHH