Sokongan kepada YAB Menteri Besar Perak semakin meningkat dari masa ke semasa sejak kerusi Menteri Besarnya dirompak oleh BN.
Tinjauan rambang beberapa organisasi dan media mendapati sokongan ini meningkat disebabkan beberapa perkara samada isu domestik Perak atau isu nasional.
Antara isu yang semakin menyemarakkan sokongan kepada YAB Nizar dan kerajaan PR di Perak ialah :-
1) Isu Sidang DUN tergempar dihalang oleh Polis dan Setiausaha Kerajaan Negeri
2) Isu kezaliman kerajaan kepada peserta himpunan PPSMI
3) Isu derhaka kepada Raja. Rakyat mula sedar bahawa Umno lah yang sebenarnya derhaka kepada Raja dengan meminda perlembagaan mengurangkan kuasa Raja-Raja
4) Isu kematian tahanan yang mati dalam penjara, Kugan
5) Isu ekonomi yang semakin meruncing
6) Isu kebiadapan Polis terhadap Speaker dan ADUN Perak yang dihalang untuk memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan dan DUN Perak
7) Isu kebiadapan dan kejahatan BN merompak kuasa PR itu sendiri
8) Isu rasuah dalam Umno dan rasuah kepada 3 ADUN yang melompat parti
9) Isu pembaziran kerajaan HARAM BN yang mula disedari rakyat
10)Isu simpati rakyat kerana Nizar dihalau dari pejabat dan rumahnya
Dan banyak lagi isu lain yang benar-benar menyentuh hati rakyat ....dari tinjauan secara rambang pihak-pihak yang menjalankan survey mendapati 80-90 % rakyat berketurunan India; 70-80% rakyat berketurunan Tionghua dan 45-55 % orang Melayu menyokong Nizar dan PR.
Ini menjadikan BN agar sukar untuk merampas Parlimen Bukit Gantang dan Bukit Selambau pada PRK yang diadakan pada 7 April ini.
Comments
DAH NAK MAMPUS DAHHHHHHHHHHHHH