PRK BATANG AI : BN HINA PENGUNDI

BN ternyata melakukan penghinaan kepada pengundi Batang Ai apabila menjalankan projek 'mee segera' di sana sedangkan Najib Razak sebelum ini menyatakan strategi kempen kuno dengan menggunakan projek 'mee segera' tidak akan digunakan lagi. Inilah dia pemimpin BN yang memang lidah bercabang bermula dari pemimpin atasan hingga bawahan.
Ternyata kata-kata Najib adalah omongan kosong ibarat menanam tebu dibibir mulut, mulut manis hati busuk.
Baru sahaja Najib mengumumkan perkara itu minggu lepas, tidak semena-mena Menteri Pembangunan Tanah Sarawak James Masing mengumumkan bahawa Jalan di Batang Ai akan ditarkan dengan belanja sebanyak RM12 juta.
Sedangkan sebelum ini projek ini tidak langsung kedengaran bila ia akan dimulakan. Sekali lagi rakyat faham bahawa wakil rakyat mati lebih baik dari wakil rakyat hidup kerana jika YB mereka itu masih hidup sudah pasti jalan ini tidak akan dibina (maaf cakap).
Saya yakin selepas ini lebih banyak projek 'mee segera' seumpama ini akan dijalankan di Batang Ai, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Inilah sifat pemimpin BN yang sememangnya menipu, membelit dan sebagainya merupakan pakaian hidup mereka. Saya menggesa rakyat di seluruh Malaysia membuka mata masing-masing dan menolak pemimpin dan parti yang jijik sebegini.
Tindakan BN di Batang Ai ini merupakan suatu penghinaan kepada rakyat setempat kerana mengapa sebelum ini jalan ini tidak dibina 'tup-tup' bila wakil rakyat meninggal baru tergopoh gapah untuk membinanya. Saya ingin maklumkan kepada BN bahawa rakyat di Batang Ai bukan bodoh sebagaimana yang BN sangkakan!!!!!
Kepada Najib saya ingin tegaskan bahawa kamu tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kerana sering menipu, membelit dan penuh dengan kontroversi. SPRM dan Polis sila siasat Najib dengan segera.

Comments

Anonymous said…
tilah orang nak tolong rakyat... yang pemimpin ko kerja menipu pastu dok berpolitik 24 jam. sebelum dia kuar aman ja msia,,, benda kecik pun nak jadik hal... jalan yang dia wat bkn utk tok nenek dia tapi9 semua org boleh guna... ni lah sikap melayu yang tak kan maju sampai bila2... dengki, khianat semua ada... aku harap kita dijajah semula supaya malaun mcm ko sedar dan bersyukur betapa nikmatnya hidup di msia...
Anonymous said…
anonymous, awak yg harus sedar diri/ dah 50tahun dijajah oleh BN baru nak ditarkan jalan? Pelik2
Anonymous said…
Sebenarnya ko to tak sedar2 lagi dari tidur.... kalau dh pekak tu peminpin ko buat apa pun betul, ko tau tak kalau takde pembangkang, diorang bohong apapun kau tak nampak tau dak!!
ko tgk diorang dah kaya, tapi nafsu masdih tak cukup2 jugak.. pegi jalanlah peminpin macamtu!!!
Anonymous said…
awak masih tak sedor diri ke..????
banyak bukti pemimpin Bn dah silap buat keputusan..menekan rakyat, melanggar perlembagaan, rasuah politik & banyak lagi. Kalau nak taip pun berjela2.. itu belum kes mengayakan diri sendiri & kroni..Ceh!!!
Anonymous said…
aku ni kontraktor lah....time PRK ni lah yg kitaorg nak balun cukup2...korang ni baik pembangnag ker yg sokong umno ker x payah lah nak bertekak pasal ni...yang untung kitaorg.....mcm kitaorg ni sokong umno patut pun sebab ada kepentingan projek....yg ko ni bukan main sokong lg umno apa ko dpt...setakat keje kilang x payah lah....

*bila lah melaka ni nak ada PRK...last kat machap...lepas ni kat mana lak eh...
Anonymous said…
x kesah laa sapa memerintah..tapi apa yang pelik adalah budaya org melayu kita skrg ni...menikam kutuk hentam sesama melayu..kenapa perl jadi mcm tu...bersatu laa bangsa lain suka tgk kita mcm ni...jgn jd mcm singapura dulu melayu punya....gaduh2 sesama melayu akhir jatuh pd bangsa lain...anak2 nk pergi sekolah pakai tudung pun kene buka tudung...azan nak berkemundang pun dilarang...buktinya hak melayu terus dipadam dek bangsa lain..sedih melihat bangsa melayu di sana..jgn smpi kerana pertahankan "melayu dan islam" masing2 hak kita bersama sbg melayu di malaysia tergadai dek keangkuhan masing2....kasih laa sesama bangsa melau sendiri..jgn jadi seperti rakyat di singapura..menangis anak bangsa melayu di sana...bumi sendri diperintah bangsa lain..umno ke pas ke pkr kee..semua islam dan melayu....terima kasih....ini pandangan sahaja..x elok kutk mengutuk pun yang baik musyawarah lihat masa depan bangsa kita....RENUNGKAN KALAU BOLEH DIRENUNG...INI CUMA PANDANGAN BUKAN UNTUK HENTAM SESIAPA