BN ternyata melakukan penghinaan kepada pengundi Batang Ai apabila menjalankan projek 'mee segera' di sana sedangkan Najib Razak sebelum ini menyatakan strategi kempen kuno dengan menggunakan projek 'mee segera' tidak akan digunakan lagi. Inilah dia pemimpin BN yang memang lidah bercabang bermula dari pemimpin atasan hingga bawahan.
Ternyata kata-kata Najib adalah omongan kosong ibarat menanam tebu dibibir mulut, mulut manis hati busuk.
Baru sahaja Najib mengumumkan perkara itu minggu lepas, tidak semena-mena Menteri Pembangunan Tanah Sarawak James Masing mengumumkan bahawa Jalan di Batang Ai akan ditarkan dengan belanja sebanyak RM12 juta.
Sedangkan sebelum ini projek ini tidak langsung kedengaran bila ia akan dimulakan. Sekali lagi rakyat faham bahawa wakil rakyat mati lebih baik dari wakil rakyat hidup kerana jika YB mereka itu masih hidup sudah pasti jalan ini tidak akan dibina (maaf cakap).
Saya yakin selepas ini lebih banyak projek 'mee segera' seumpama ini akan dijalankan di Batang Ai, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Inilah sifat pemimpin BN yang sememangnya menipu, membelit dan sebagainya merupakan pakaian hidup mereka. Saya menggesa rakyat di seluruh Malaysia membuka mata masing-masing dan menolak pemimpin dan parti yang jijik sebegini.
Tindakan BN di Batang Ai ini merupakan suatu penghinaan kepada rakyat setempat kerana mengapa sebelum ini jalan ini tidak dibina 'tup-tup' bila wakil rakyat meninggal baru tergopoh gapah untuk membinanya. Saya ingin maklumkan kepada BN bahawa rakyat di Batang Ai bukan bodoh sebagaimana yang BN sangkakan!!!!!
Kepada Najib saya ingin tegaskan bahawa kamu tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kerana sering menipu, membelit dan penuh dengan kontroversi. SPRM dan Polis sila siasat Najib dengan segera.
Comments
ko tgk diorang dah kaya, tapi nafsu masdih tak cukup2 jugak.. pegi jalanlah peminpin macamtu!!!
banyak bukti pemimpin Bn dah silap buat keputusan..menekan rakyat, melanggar perlembagaan, rasuah politik & banyak lagi. Kalau nak taip pun berjela2.. itu belum kes mengayakan diri sendiri & kroni..Ceh!!!
*bila lah melaka ni nak ada PRK...last kat machap...lepas ni kat mana lak eh...