Menteri Pelajaran, Hishamuddin mengulangi kenyataan bodoh beliau bahawa himpunan anjuran Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Sabtu lalu didalangi oleh pembangkang. Sudah berapa kali Hishamuddin mengulangi kenyataan ini.
Kenyataan beliau disiarkan oleh kebanyakan media arus perdana hari ini.
Beliau cuba mengalihkan perhatian rakyat dari isu sebenar iaitu isu PPSMI yang gagal dan menghancurkan Bahasa Melayu.
Hishamuddin sepatutnya bukannya mempertikaikan siapa yang menganjurkan himpunan tersebut. Beliau sebagai Menteri Pelajaran sepatutnya mengulas dan memberikan pandangan tentang PPSMI yang diragukan keberkesanannya.
Banyak keraguan dan kelemahan dalam PPSMI. Beliau tidak pernah menjawab bangkitan-bangkitan yang disuarakan oleh GMP antaranya :-
1) Isu skema pemarkahan dan graf kelulusan subjek Sains dan Matematik yang direndahkan sehingga markah yang teruk pun diberikan gred A
2) Isu peratus kelulusan pelajar luar bandar yang jauh ketinggalan berbanding pelajar bandar.
3) Isu kelemahan guru-guru yang mengajar matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris.
4) Isu kronisme dan penyelewengan dalam kontrak membekalkan alat bantuan mengajar seperti Laptop, LCD dan lain-lain semasa PPSMI mula diperkenalkan dahulu.
Mengapa Hishamuddin tidak menjawab dan mengulas isu di atas sebaliknya cuba mempertikaikan tindakan GMP mengadakan perhimpunan tersebut yang dikatakan didalangi oleh pembangkang.
Sememangnya PAS dan PR menyokong hasrat dan pandangan GMP, cuma Umno dan BN sahaja yang menentang PPSMI kerana Umno dan BN tidak nampaknya pentingnya Bahasa Melayu sehingga sanggup menghina dan menguburkan Bahasa kesayangan kita ini.
Malah saya juga hairan dengan tuduhan Hishamuddin kerana setahu saya pejuang-pejuang bahasa seperti SN Datuk A Samad Said, Datuk Dr Hassan Ahmad, Tan Sri Ismail Hussien, Professor Dr Abdullah Hassan, Professor Datuk Dr Nik Safiah Karim, Professor Dr Shahrir Mohd Zain, Professor Dr Awang Sariyan, Professor Ainuddin Wahid, Professor Zainal Abidin Wahid, Azizi Abdullah, Dinsman, Ainon Mohamad dan lain-lain bukannya manusia bodoh yang boleh diperkudakan seperti pemuda Umno dan pemimpin Umno seperti Hishamuddin.
Takkanlah para cendikiawan yang bijak pandai ini boleh diperbodohkan oleh Pakatan Rakyat sehingga mengikut telunjuk PR.
Sudah tentu mereka berfikir panjang dan telah membuat kajian mendalam sebelum menubuhkan GMP yang jelas hala tuju perjuangannya menentang penerusan PPSMI.
Seperti kata, A Samad Said bahawa beliau juga bersedia untuk naik dan berceramah atas pentas Umno jika parti itu juga menentang PPSMI.
Untuk Hishamuddin saya ingin tegaskan sekali lagi, para cendikiawan itu bukan bodoh dan mudah dicucuk hidung seperti Hishamuddin!!!
Comments
Tak salah mempelajari bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris. Tetapi bukan dengan mencampur adukkan dengan Sains dan Matematik.
Perkasakan saja pembelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri di peringkat sekolah.
Dari sudut sejarah, kita dapat lihat bagaiaman negara-negara seperti Jerman, Perancis dan Jepun menjadi maju tanpa menggunakan bahasa Inggeris. Contohnya di Jerman, seorang pakar neuropsikolinguistik iaitu Profesor Gottfried Wilhelm Leibniz (1646-1716) yang mengemukakan penemuan kajian saintifik beliau bahawa otak seseorang itu di sebelah kanan lebih mudah dan cekap menyerap apa saja ilmu jika ia dipelajari melalui bahasa pertama atau bahasa ibunda kerana jika dipelajari melalui bahasa kedua (otak sebelah kiri) ia memerlukan proses penterjemahan dan akan menjadi lambat dan kecekapannya menurun sedikit. Di atas prinsip ini juga, Jerman yang pada asalnya menggunakan bahasa Inggeris dan Perancis yang dikatakan lebih maju pada ketika itu menukar haluan kembali menggunakan bahasa Jerman untuk tujuan pembelajaran. Kesannya, negara Jerman meningkat maju berkali ganda dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.
Bahasa melayu takde nilai dalam kemajuan teknologi dunia. Hanya bernilai dalam bidang kesusateraan melayu je. Bukan susah pun PPSMI ni. Istilah yg digunakan pun x kompleks macam istilah Chemical Engineering atau Mechanical Engineering yang mempunyai istilah2 sendiri. Sains budak sekolah je. Tak susah pun kalu nak blajar sungguh2. Bebudak skrg byk komplen, tak nak usaha sdiri…