HISHAMUDDIN ULANGI KENYATAAN BODOH

Menteri Pelajaran, Hishamuddin mengulangi kenyataan bodoh beliau bahawa himpunan anjuran Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Sabtu lalu didalangi oleh pembangkang. Sudah berapa kali Hishamuddin mengulangi kenyataan ini.
Kenyataan beliau disiarkan oleh kebanyakan media arus perdana hari ini.
Beliau cuba mengalihkan perhatian rakyat dari isu sebenar iaitu isu PPSMI yang gagal dan menghancurkan Bahasa Melayu.
Hishamuddin sepatutnya bukannya mempertikaikan siapa yang menganjurkan himpunan tersebut. Beliau sebagai Menteri Pelajaran sepatutnya mengulas dan memberikan pandangan tentang PPSMI yang diragukan keberkesanannya.

Banyak keraguan dan kelemahan dalam PPSMI. Beliau tidak pernah menjawab bangkitan-bangkitan yang disuarakan oleh GMP antaranya :-

1) Isu skema pemarkahan dan graf kelulusan subjek Sains dan Matematik yang direndahkan sehingga markah yang teruk pun diberikan gred A

2) Isu peratus kelulusan pelajar luar bandar yang jauh ketinggalan berbanding pelajar bandar.

3) Isu kelemahan guru-guru yang mengajar matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris.

4) Isu kronisme dan penyelewengan dalam kontrak membekalkan alat bantuan mengajar seperti Laptop, LCD dan lain-lain semasa PPSMI mula diperkenalkan dahulu.
Mengapa Hishamuddin tidak menjawab dan mengulas isu di atas sebaliknya cuba mempertikaikan tindakan GMP mengadakan perhimpunan tersebut yang dikatakan didalangi oleh pembangkang.

Sememangnya PAS dan PR menyokong hasrat dan pandangan GMP, cuma Umno dan BN sahaja yang menentang PPSMI kerana Umno dan BN tidak nampaknya pentingnya Bahasa Melayu sehingga sanggup menghina dan menguburkan Bahasa kesayangan kita ini.

Malah saya juga hairan dengan tuduhan Hishamuddin kerana setahu saya pejuang-pejuang bahasa seperti SN Datuk A Samad Said, Datuk Dr Hassan Ahmad, Tan Sri Ismail Hussien, Professor Dr Abdullah Hassan, Professor Datuk Dr Nik Safiah Karim, Professor Dr Shahrir Mohd Zain, Professor Dr Awang Sariyan, Professor Ainuddin Wahid, Professor Zainal Abidin Wahid, Azizi Abdullah, Dinsman, Ainon Mohamad dan lain-lain bukannya manusia bodoh yang boleh diperkudakan seperti pemuda Umno dan pemimpin Umno seperti Hishamuddin.

Takkanlah para cendikiawan yang bijak pandai ini boleh diperbodohkan oleh Pakatan Rakyat sehingga mengikut telunjuk PR.

Sudah tentu mereka berfikir panjang dan telah membuat kajian mendalam sebelum menubuhkan GMP yang jelas hala tuju perjuangannya menentang penerusan PPSMI.

Seperti kata, A Samad Said bahawa beliau juga bersedia untuk naik dan berceramah atas pentas Umno jika parti itu juga menentang PPSMI.

Untuk Hishamuddin saya ingin tegaskan sekali lagi, para cendikiawan itu bukan bodoh dan mudah dicucuk hidung seperti Hishamuddin!!!

Comments

Anonymous said…
Sape yang anti PPSMI ni sumer bengong. Tak pkir panjang. Jumud. Aku skrg keje kat Spore,company besar ada kat 140 buah Negara. field oil n gas lagi. gaji 7-8k sebulan wpun x sampai 2 thn grad. Alhamdulillah, rezeki. Tapi pandai b.inggeris atas kertas je (written english). spoken english hancus. colleagues sumer xtau cakap melayu. Aku gagahkan juga berckp BI. Macam mana comp nak promote? Kalu ada PPSMI bleh gak bebudak skrg belajar menguasai BI. Aku dulu bngong BI gak. Tapi sejak kene tarik hidung ngan Sir BI aku sebab berbelit lidah sebut perkatan “would” masa darjah 6, aku terus belajar BI sendiri. Aku ada member masa kat UTM dulu. Subjek SPM sumer score. Tapi BI x kredit. wat paperwork kena maki ngan lecturer sebab translate word by word. x ke bengong tu. masuk industri, takde sape nak wpun 1st class degree sbb BI hancus. So nak senang, diorang amik Cina. Pastu org melayu marahkan govt sebab graduan xde keje. Itula, orang Melayu. Pikir la… X kemana bangsa Melayu kalu org Melayu jadi kuli je, nak naik kena tolak sbb communication skill xde. Bini aku lagi kesian, ada masters in land admin, tapi skarg jadi surirumah sepenuh masa. Sape nk byr PTPTN dier? Aku gak…
Anonymous said…
kau memang bengong Epul, kita bukan menentang kepentingan BI, memang kita mahukan kerajaan perkukuhkan BI dengan meningkatkan keberkesanan pengajarang & pembelajaran subjek BI. Tetapi bukan mengajar Subjek Sains & matematik dalam BI yang menyebabkan anak-anak tak faham dan tak pandai sains dan matematik...Epul engkau memang bengong ....tak faham apa itu Gerakan Memansuhkan PPSMI bukannya anti BI tapi kita mahu Subjek Sains & matematik kembali diajar dalam BM
Anonymous said…
Epul! hang memang tumpul....pasai tu hang merapu sebab hang tak faham tajuk cerita, lain kali celik dulu baru bercakap. Memang dasar tongong.
Anonymous said…
Kan aku dah cakap. tak guna blajar bi kalu tak practice dengan berckp. at least bile ada subject selain English diajar dlm BI kan bagus. nak lagi bagus, start dr awal. aku sdiri tergeliat biji mata dok cari maksud pengamiran dan pembezaan bila belajar calculus masa kat u sbb buku dalam BI. lain kali byk kan tengok Discovery channel, tgk mcm mana orng China belajar BI wpun dah tua nak mampus sbb sukan Olimpic di Beijing. Patutla Shell lari bukak refinery plant kat China wpun plan asal kat p.gudang. Brape ramai org melayu tlepas peluang keje ngan shell? Org melayu biar la hilang identitinya, tapi jngan hilang kan Keislamannya. Nak ckp apa pun ckpla, Alhamdulillah aku dah idup senang, bleh pakai keta import yang mahal wpun masih muda, bleh bagi mak aku 1000 sebulan, bini pun tak payah keje. bleh simpan duit sama byk ngan gaji pegawai pertanian msia sebulan.
Dr. H. H said…
Encik Epul,

Tak salah mempelajari bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris. Tetapi bukan dengan mencampur adukkan dengan Sains dan Matematik.

Perkasakan saja pembelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri di peringkat sekolah.

Dari sudut sejarah, kita dapat lihat bagaiaman negara-negara seperti Jerman, Perancis dan Jepun menjadi maju tanpa menggunakan bahasa Inggeris. Contohnya di Jerman, seorang pakar neuropsikolinguistik iaitu Profesor Gottfried Wilhelm Leibniz (1646-1716) yang mengemukakan penemuan kajian saintifik beliau bahawa otak seseorang itu di sebelah kanan lebih mudah dan cekap menyerap apa saja ilmu jika ia dipelajari melalui bahasa pertama atau bahasa ibunda kerana jika dipelajari melalui bahasa kedua (otak sebelah kiri) ia memerlukan proses penterjemahan dan akan menjadi lambat dan kecekapannya menurun sedikit. Di atas prinsip ini juga, Jerman yang pada asalnya menggunakan bahasa Inggeris dan Perancis yang dikatakan lebih maju pada ketika itu menukar haluan kembali menggunakan bahasa Jerman untuk tujuan pembelajaran. Kesannya, negara Jerman meningkat maju berkali ganda dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.
Anonymous said…
Dr H.H. Mungkin itu mungkin betul, tapi masalahnya skrg, byk buku2 rujukan dlm BI. Byk teknologi baru mengambil masa utk sampai ke pelajar2 di sini. Jurnal2 dan tesis yg menjadi rujukan semua dlm BI. Even manual peralatan analisis kimia pun dalam BI. Buku2 yang diterjemahkan lecturer utk memudahkan pelajar pun hanya menyusahkan sebab lebih mirip bahasa Indon. Mana tahu lecturer hanya memungut untung menjual buku2 rujukan yg dikatakan diterjemah mereka walhal student master yang berasal dari Indonesia yang bsusah payah dok translate. Di UTM Skudai ni, menjadi tempat lambakan pelajar2 melayu yang lulus cemerlang dlm subjek Sains tapi lingkup dalam BI. Masa sejam sehari di kelas yg diperuntukkan utk budak2 sekolah tak cukup untuk memperkasakan BI mereka. PPSMI la peluang mereka memantapkan lagi BI.

Bahasa melayu takde nilai dalam kemajuan teknologi dunia. Hanya bernilai dalam bidang kesusateraan melayu je. Bukan susah pun PPSMI ni. Istilah yg digunakan pun x kompleks macam istilah Chemical Engineering atau Mechanical Engineering yang mempunyai istilah2 sendiri. Sains budak sekolah je. Tak susah pun kalu nak blajar sungguh2. Bebudak skrg byk komplen, tak nak usaha sdiri…
Syed @ Don said…
Saya setuju dengan saudara Epul. Secara jujur, siapa yang pandai cakap melayu kerana ada subjek bahasa melayu di sekolah? menteri pun cakap melayu tunggang langgang. Siapa yang pandai cakap bahasa inggeris kerana belajar bahasa inggeris di sekolah? Ada ke dalam bahasa Inggeris tu kita belajar bahawa circumference maksudnya lilitan? Semuanya perlu di pelajari daripada kamus atau dengan lebih mudah untuk dicernakan adalah melalui aplikasi bahasa inggeris dalam beberapa subjek penting. Bahasa Inggeris yang diajar di dalam kelas adalah bahasa Inggeris formal bukannya bahasa yang boleh digunakan untuk membentangkan kertas kerja atau sebagainya. Paling hebat, mungkin pandai menulis surat di dalam bahasa Inggeris. Tambahan, bukan budaya kita bercakap bahasa Inggeris di luar kelas. Baca surat khabar inggeris? lagi lah jauh~