Media melaporkan bahawa 2 orang Exco Kerajaan Negeri Perak dari PKR gagal dijejaki semenjak 4 hari lalu. Usaha untuk menjejaki mereka gagal.
Ramai mendakwa bahawa kedua-duanya iaitu Jamaludin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu telah 'diculik' oleh BN untuk tujuan politik. Adalah dijangkakan kedua-dua akan membuat pengumuman yang mengejutkan semua pihak.
Saya yakin perancangan ini dibuat oleh BN khasnya Umno untuk mengimbangi tindakan ADUN Bota yang menyertai PKR beberapa hari lepas.
Antara tawaran yang mungkin diberikan kepada 2 Exco tersebut pengguguran tuduhan rasuah; wang dalam jumlah besar dan lain-lain tawaran menarik.
Jika benar dakwaan ini, maka inilah satu taktik tidak bertamadun yang diamalkan oleh Umno/BN demi untuk menutup malu mereka yang kalah dalam Pilihanraya Kecil dan juga aib dengan penyertaan ADUN Bota ke dalam PKR.
Saya mendoakan kedua-dua Exco Perak ini tetap teguh dengan prinsip perjuangan dan tidak menggadai maruah masing-masing.
Comments
jenguk aku sat, aku terkedu.
Prinsip bn ialah amalan rasuah.
Boleh katakan yang berasuah lah yang akan join bn.
Pakatan Rakyat tak nak orang yang makan rasuah .
Apa jenis PM dan jenis TPM yang akan tarik kedua exco PR yang didakwa dengan rasuah.
Makna nya PM dan TPM sokong rasuah.
Ini ke nilai melayu?
Ini ke nilai Islam?
Ini ke cara Malaysia maju?
Rakyat harus tempeling muka PM dan TPM.